View: 1009|Reply: 6
|
Shah Rukh Khan diugut bakar hidup-hidup
[Copy link]
|
|
Shah Rukh Khan tak peduli tentang ugutan tersebut.
FILEM terbaharu lakonan Shah Rukh Khan mencetuskan kemarahan ramai rakyat di India apabila dikatakan merendahkan agama Hindu.
Lebih mengejutkan lagi apabila, Shah Rukh Khan, 57, juga menerima ugutan bakal di bakar hidup-hidup kerana menjayakan filem bertajuk Pathaan itu.
Portal India Today melaporkan, seorang peramal dikenali sebagai Paramhans Acharya Maharaj memberitahu kepada umum bahawa akan membakar Shah Rukh Khan sekiranya bertemu secara langsung.
Adegan dalam filem Pathaan.
"Orang-orang Sanatan Dharma akan terus memprotes dan kami juga telah membakar poster Shah Rukh Khan. Jika saya bertemu dengan dia saya akan bakar dia hidup-hidup.
"Saya akan memberi bantuan kewangan kepada mereka yang membunuh pelakon itu," katanya.
Difahamkan, filem berkenaan mendapat bantahan ramai gara-gara lagu bertajuk Besharam Rang di dalam karya tersebut yang menampilkan pelakon Deepika Padukone memakai bikini berwarna kunyit dalam lagu itu.
Meskipun begitu, aktor berkenaan seakan tidak gentar malah terus mempromosikan filem yang bakal ditayangkan pada Januari depan.
https://www.mstar.com.my/spotlig ... -kemarahan-penonton |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Apo mondo?? color oren pon nak claim... orang tu berlakon ja pon... |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik2 la deme ni..macam tu pun boleh sampai nak ugut bunuh |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kenapa SRK yang tak pakai color tu kena ugut
Spin tahap langit ke7 |
|
|
|
|
|
|
|
aku konpius apa kaitan bikini warna kunyit dengan maruah agama hindu? sapa2 boleh tolong lukiskan dengan mudah |
|
|
|
|
|
|
|
vc dia mcm provocative juga. maybe tu la kot org hindu marah
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
klu video tu provocative then ugutlah bunuh deepika sekali
mohteppp SRK sorg aje yg diugut
cerita ni kan yg vijay akan muncul sebg cameo?
how I wish dedua dlm satu frame dan paling gempak klu mskkan sekali jackie chan wow sgt filem tu nnt |
|
|
|
|
|
|
| |
|