View: 1331|Reply: 6
|
"Scammer Masukkan Saya Dalam Group Whatsapp Scam," Fahmi Fadzil Pun Hampir Terkena
[Copy link]
|
|
Jika sebelum ini, kebanyakan mangsa penipuan ‘scammer’ terdiri daripada orang ramai atau individu yang jarang dikenali ramai.
Bagaimanapun, menerusi satu perkongsian di laman Twitter, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan beliau hampir menjadi mangsa kepada kumpulan scammer.
Jelas beliau, ada pihak tidak bertanggungjawab itu telah memasukkannya dalam beberapa kumpulan di aplikasi WhatsApp yang dipercayai kumpulan scam.
 Foto: Kosmo
“Scammer masukkan saya dalam group WhatsApp scam. Bila saya kata dah alert PDRM (Polis Diraja Malaysia) & SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia) saya kena kick (buang dari kumpulan).
“Jika anda mangsa scam, sila segera call 997,” ciapnya semalam.
Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna laman Twitter turut berkongsi kisah sama yang menjadi mangsa kepada kumpulan tersebut.
“YB, saya mangsa scam laporan polis dah buat, pada bank pun dah, masa kena scam saya call 997 dorang cuma nasihat pergi balai polis je. Sekarang duit saya RM2,000 hilang begitu sahaja,”ciap @_mfahan.
“Saya pun ada kena masuk dalam kumpulan macam ni. Tapi bila report mcmc tak ada follow up report,”ciap @warham666.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @spasticserebrum.
“Kalau YB dapat banteras scammer satu Malaysia, YB menteri terbaik sebagai menteri komunikasi digital. Alang alang ada kuasa , cuba sekat nombor telefon scammer atau no akaun haram kambing hitam..kesian rakyat Malaysia ramai dah kena tipu,”katanya. –CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Cepat sangat cakap dah report ke PDRM. Patut biarlah dulu banyak message masuk untuk pemantauan dan sebagai bukti. |
|
|
|
|
|
|
|
kluangman: Cepat sangat cakap dah report ke PDRM. Patut biarlah dulu banyak message masuk untuk pemantauan dan sebagai bukti.
kannnn. punya nak cakap dia tu terpaling ada kuasa.
|
|
|
|
|
|
|
|
emm....dapnya.... ehhh! sorry sorry meols tengok benda lain.. ahahaha.. nasib YB tak kena tipu kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Telegram:@Cannacuredoc buy weed,coke,pills,thc,shrooms,flake,meth,edibles,vape in Rome, Milan, Venice, Florence
Always check the username to make sure you don't get screwed over.

|
|
|
|
|
|
|
| |
|