View: 1246|Reply: 9
|
Penari Separuh Bogel Menari Gelek Depan Masjid
[Copy link]
|
|
SINGAPURA: Komuniti Islam di republik ini menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan sebuah restoran yang menjual makanan Turkiye apabila menampilkan persembahan tarian gelek (belly dancing) melibatkan penari wanita dengan pakaian mencolok mata.
Hal ini kerana, kedudukan restoran tersebut berdepan dengan Masjid Sultan.
Menurut seorang jemaah di masjid tersebut yang dikenali sebagai Abu Jalal Sarimon, dia ternampak persembahan itu ketika keluar dari masjid selepas selesai menunaikan solat Maghrib.
Foto: Agensi
“Ketika itu, saya terdengar bunyi lagu yang kuat, selain orang ramai mengerumuni kawasan restoran tersebut.
“Bila datang dekat, saya ternampak mereka dipersembahkan dengan tarian gelek oleh seorang penari wanita yang berpakaian amat seksi.
“Saya berjumpa dengan pemilik restoran dan dia maklumkan, dia bukan Islam dan oleh hal yang demikian, saya nasihatkan beritahu tidak wajar buat persembahan sedemikian di luar masjid,” katanya seperti yang dilaporkan Berita Mediacorp.
Selain itu, Abu Jalal juga memberitahu kepada pemilik kedai supaya lebih sensitif mengenai agama biarpun komuniti Islam di republik ini bukan penduduk majoriti.
Abu Jalal turut memuat naik gambar berkenaan dalam media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada para pengguna.
Antara komen yang diterima termasuk ‘hormatlah sikit, masjid di depan itu’ dan ‘kejadian ini menunjukkan mereka (pihak restoran) tiada kepekaan budaya’.
Abu Jalal juga menyatakan ada dalam kalangan pengunjung turut melahirkan rasa kurang selesa terhadap persembahan itu memandangkan kedudukan restoran berkenaan masjid, dan pakaian yang dikenakan penari wanita itu tidak bersesuaian.
“Ada orang yang lalu di situ juga tidak senang dengan persembahan terbabit. Mereka kata tidak ekolk dan kurang ajar kerana buat persembahan mencolok mata di luar masjid,” ujarnya.
Sementara itu, restoran berkenaan memaklumkan persembahan itu adalah sempena malam Krismas dan memberitahu selepas ini mereka akan lebih peka serta melakukan sebarang promosi di dalam premis. -CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
muka macam mainland sesuai ka buat tarian gelek
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi pakcik ni gigih pulak siap amik gmbr sgala. cabot jelah takyah layan. bukannya dlm masjid |
|
|
|
|
|
|
|
Low classnya kalau belly dancing kat kaki lima.
|
|
|
|
|
|
|
|
zakia2..penari gurun pasir ternama |
|
|
|
|
|
|
|
Entahlah. Seingat iols yg every month kena pergi Spore pre covid, duduk lak kat Park Royal mengadap Kg Glam ni. Sepanjang jalan yg keluar2 dari sejid ni rasanya semua resto muslim ie Turkish, Lebonan, Afghan la, Harab, etc, tak de lak rasanaya resto non muslim kalau belah sini. Kalau jalan sebelah tu ye la Hj Lane tu mabuk2. Jalan yang belah kiri baru kedai2 nasi padang etc. |
|
|
|
|
|
|
|
Telegram:@Cannacuredoc buy weed,coke,pills,thc,shrooms,flake,meth,edibles,vape in Rome, Milan, Venice, Florence
Always check the username to make sure you don't get screwed over.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|