View: 968|Reply: 9
|
MPAJ Batal Lesen Restoran Tikus Jamah Ayam Goreng
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengeluarkan Notis Pengesahan Pembatalan Lesen (NPPL) serta-merta kepada premis yang tular terdapat seekor tikus sedang menjamah ayam goreng sebelum ini.
Yang Dipertua MPAJ, Mohd. Fauzi Mohd. Yatim berkata, tindakan tersebut selaras dengan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) yang telah mengeluarkan Notis Perintah Tutup pada Sabtu lalu.
Jelas beliau, tindakan sitaan atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen juga akan dijalankan sekiranya premis masih beroperasi setelah NPPL dikeluarkan.
“Permohonan lesen baru hanya akan dipertimbangkan sekiranya semua syarat terutamanya berkaitan kebersihan dipatuhi sepenuhnya.
“Pemeriksaan kebersihan premis makanan dari segi kawasan penyajian dan penyediaan makanan serta kawalan serangga perosak di premis juga dijalankan secara berkala oleh MPAJ,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Fauzi berkata, berdasarkan rekod pemeriksaan lalu, penarafan kebersihan premis tersebut adalah pada Gred B bagi Jun 2021 dan terbaru adalah pada Januari 2022.
Kata beliau, MPAJ sentiasa memantau kawalan kebersihan setiap premis makanan bagi memastikan syarat-syarat dan peraturan-peraturan sentiasa dipatuhi.-CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Baca news Restoran di Pandan Indah. Apa nama Restoran tak pula berani nak reveal. |
|
|
|
|
|
|
|
Restoran apa...rakyat berhak tahu |
|
|
|
|
|
|
|
Restoran Ariff depan Public Bank |
|
|
|
|
|
|
|
Syabas MPAJ
pertama kali akak puji MPAJ sbb selama ni staf MPAJ sume mcm lahanat je kan
Kali ni baru memasing ada otak![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Pandan Indah ni kurang kedai makan Melayu...
pusing sana sini mamak je...uwekkkk.....
eloklah tu tutup... |
|
|
|
|
|
|
|
ala ni yg kantoi padahal setiap kedai mamak mmg begini.kihkih |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus mpaj, tegas.
Masa pkp dulu banyak kedai kena sita, mungkin lesen org msia tapi yg niaga indon/india/myanmar/bangla. Ni sekarang elok je buka kedai macam biasa balik. |
|
|
|
|
|
|
|
siapa la rajin pegi mamak ni
|
|
|
|
|
|
|
| |
|