CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1009|Reply: 9

Tertidur Setahun Lepas Lakukan Serangan Seksual Terhadap Kanak-kanak, Terus Ke Penjara Lepas Bangun

[Copy link]
Post time 24-12-2022 09:52 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki di Itali yang pernah didakwa melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak sebelum tertidur selama setahun dipercayai akibat masalah kesihatan yang pelik, akhirnya tersedar dan dihantar terus ke penjara.


Mirror UK melaporkan, berikutan mengalami sindrom yang pelik, pemuda berusia 28 itu tertidur pada hari penahanannya sehingga setahun.


Ajaibnya, dia sedar daripada tidur baru-baru ini, selepas setahun berhenti bertindak balas terhadap sebarang rangsangan luar.




Gambar hiasan




Pada Julai 2021, lelaki itu ditahan di lapangan terbang di Fiumicino, Itali, selepas dipercayai melakukan serangan seksual terhadap individu bawah umur.


Bagaimanapun, tidak lama selepas ditahan, lelaki itu mengatakan fikirannya menjadi 'kosong', setiap kali dia cuba mengingati kejadian berkenaan.


Dia kemudian menyatakan mahu mengaku tidak bersalah sebelum berhenti makan dan minum, namun tidak lama kemudian, dia terus tertidur.


Selepas itu, dia berhenti bertindak balas terhadap sebarang bunyi atau pergerakan, dan terpaksa diberi makan melalui saluran tiub.


Meskipun begitu, lelaki berkenaan tetap dibawa masuk ke dalam bilik persidangan video di penjara Regina Coeli, di sini, bagi mengikuti setiap prosiding kesnya.


Bagaimanapun, dia tidak pernah bangun tidur atau menjawab soalan.


Hakim memutuskan lelaki itu masih boleh hadir ke mahkamah walaupun tidak sedarkan diri kerana mengesyaki dia mungkin berbohong mengenai keadaannya.


Ia kerana pakar perubatan memberitahu mahkamah, dua kali, bahawa defendan mengalami keadaan jarang jumpa dikenali sebagai simulasi dikaitkan dengan sindrom Ganser.


Ketika mahkamah menganggap tiada perkembangan pada keadaan tertuduh, lelaki itu tersedar di hospital pada 9 Disember, dan segera dihantar ke penjara.


Dia memberitahu gagal ingat apa yang berlaku sepanjang tidak sedarkan diri dengan fikirannya 'kosong' sejak penahanannya di lapangan terbang Itali.


Lelaki itu akan tampil di mahkamah apabila bicara kesnya bersambung pada bulan depan.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2022 02:42 PM | Show all posts
tertidur ke buat-buat tidur nie?
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2022 04:59 PM | Show all posts
lps ni klu dia tertidur balik, hantar je la kat penjara. Bila dia sedar, sedar2 dlm penjara biar dia terpinga-pinga
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2022 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak mungkin la buat2 tido ni. Dh tu takkan tak rasa nk pi tandas ke, lapar ke, bersin ke.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2022 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sleeping ugly bello criminal.


Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2022 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah ini sindrom tido mati tahap nak mampus... kehkehkeh nsb baik ko xmampus lg dik..ko kene hukum dulu ats perbuatan kutuk ko...sbb ko jahat sgt, hrp waktu tido mati tu, ko kene balun cukup2 dgn malaikat... kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2024 07:56 AM | Show all posts
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2024 08:11 AM | Show all posts
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2024 01:22 PM | Show all posts
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2024 08:17 AM | Show all posts
Telegram:@Cannacuredoc buy weed,coke,pills,thc,shrooms,flake,meth,edibles,vape in Rome, Milan, Venice, Florence
Always check the username to make sure you don't get screwed over.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.199067 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list