View: 1592|Reply: 20
|
Yakin Betul Masuk Kereta Orang Siap 'Rem-Rem', Yang Peliknya Macam Mana Boleh Hidupkan?
[Copy link]
|
|
'King of the road' sememangnya antara kereta yang menjadi pilihan ramai sehingga model ini sering dilihat tanpa mengira lokasi dan pemandunya.
Pemiliknya mungkin berdepan cabaran untuk membezakan kenderaan sendiri dengan milik orang lain jika tidak meneliti nombor plat kenderaan masing-masing.
Begitulah 'insiden' dilalui seorang gadis, Rabiatul Adawaiyah, 33, yang tersilap menaiki kereta orang lain ketika mahu pulang dari kedai runcit.
Ketika dihubungi mStar, adiknya, Rabiatul Najwa, 22, berkongsi cerita yang berlaku di sebalik video yang dimuat naiknya di laman sosial sehingga menjadi tular.
"Masa tu saya mula rasa tak sihat badan. Saya tak larat nak pandu kereta sendiri. Jadi masa pergi dan balik kedai tu saya minta kakak yang pandu kereta saya.
"Macam mana kejadian tu berlaku... waktu tekan 'unlock' pada kunci tu memang kereta saya berbunyi. Tapi kereta saya parking jauh sikit dari kedai. Kebetulan kereta yang sama dengan saya Myvi standard hitam tu parking dekat.
"Kereta tu tuan dia tak 'kunci' pintu jadi kakak pun dengan confident masuk dan start enjin Myvi salah tu. Dia kunci kereta lepas tu dia 'rem rem rem' (bunyi tekan minyak),” katanya.
Lebih mesra disapa Wawa, katanya, kesilapan tersebut hanya disedarinya setelah lima minit kakaknya berada di dalam kereta berkenaan.
Dia yang bekerja di sebuah kedai perabot turut mengulas mengenai kekeliruan netizen mengenai bagaimana kenderaan tersebut boleh dihidupkan enjin tanpa kunci.
Wawa tampil menjelaskan bahawa sebenarnya pemilik Myvi tersebut meninggalkan kunci di dalam kenderaan itu tanpa menguncinya.
"lat kereta orang lain tu huruf S.U.E tapi saya punya S.U.G jadi kakak pun tak perasan salah kereta. Lepas saya tengok dia start enjin kereta tu, saya terus berlari jumpa dia.
"Sambil ketawa saya beritahu dia salah kereta. Kereta kami memang warna pun sama. Dalam kereta kami ada jajan, Myvi tu pun ada. Nasib baik tak sempat makan dalam kereta yang salah tu.
"Kakak saya memang suka terlebih yakin. Perangai dia yang terlalu confident dekat Shopee pun tak ada jual!" ujar Wawa secara berseloroh.
Menurut Wawa yang menetap di Sungai Besar, Selangor, setakat ini pemilik Myvi tersebut tidak mengetahui tentang insiden tersilap masuk kereta.
Video yang dimuat naik Wawa di laman TikTok meraih lebih 1.1 juta tontonan.
Rata-rata netizen terhibur menyaksikan gelagat si kakak yang tersalah menaiki kereta orang lain.
Mengenai kereta Myvi miliknya, Wawa menyuarakan hasrat untuk melakukan pengubahsuai bagi memberi sedikit kelainan pada kenderaan itu.
Pada masa sama, dia juga berharap agar insiden seperti itu tidak berulang lagi pada masa akan datang.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus netijen..benda lakonan pun boleh terhibur..patut la sinetron laku keras. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau owner tinggal kunci dlm keta mesti dekat2 situ je. Dah 5 minit kakak tu masuk. kereta pun dah direm2 takkan x perasaan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nmpk sgt fake nye
Cube lagi ye |
|
|
|
|
|
|
|
X logik gila cerita minah ni..ko x de kunci kereta walaupun push button mana boleh drive kereta org..bukak pintu kereta pun x kan boleh....minah bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
Skang banyak cite bodoh2 selalu dpt sambutan...
Nampak beno nipunya |
|
|
|
|
|
|
|
Baca seimbas dah nampak byk drama |
|
|
|
|
|
|
|
takonan ke? malas pulak nk baca sampai hbs..
ada ke tgl keta ngan kunci keta sekali gitu..bkn nya kunci melekat mcm zaman dulu..i kunci keta dk dlm poket seluar jer .mmg takde i usik ke apa..nk masuk keta pun just tekan button kt pintu jer. |
|
|
|
|
|
|
|
Kereta tak kunci dan kunci tu ada dlm kereta memang la dia boleh masuk n stat enjin |
|
|
|
|
|
|
|
Dengar boleh,percaya jangan huhu |
|
|
|
|
|
|
|
demi content.. cemaner dah set nak rakam.. ada deria ke 7?
kut betul owner teringgal kunci.. bodoh betul owner tu...
kbye |
|
|
|
|
|
|
|
Tiktok. Rakam and post lagi. Ke dah sedar kali pertama, capai phone, record untuk kali kedua pula? Kereta pun agak jauh kedudukan.
|
|
|
|
|
|
|
|
On top of cerita hasanah konon owner tinggal kunci dan tak kunci kereta, kenapa kau perlu rem rem kereta modern? Ini buka iswara atau saga 1990an. |
|
|
|
|
|
|
|
Motif tgh2 hari buta kat tgh2 pekan duk rem rem rem kereta, MyVi je pun?
Akak dia baru tersedar ditidurkan berapa dekad ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Secara logik akal,
parkir keta kat tempat awam,
dan tinggalkan transponder car key dalam keta?
Samada owner keta yg bebal ataupun konten video penuh sampah sarap. |
|
|
|
|
|
|
|
Perasan hp melekat kat tangan tu masa kat cermin kete. Cam tau2 je ada konten untuk dirakam |
|
|
|
|
|
|
|
ha ha haaa.... demi konten... |
|
|
|
|
|
|
| |
|