CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 446|Reply: 0

ZK Racing lebih serius musim 2023

[Copy link]
Post time 24-12-2022 12:07 PM | Show all posts |Read mode

HAKIM Danish muncul juara keseluruhan saingan ATC 2022 yang berakhir di Litar Antarabangsa Mandalika. - HAKIM DANISH

Damok, Hakim Danish, Danial Syahmi beralih fasa mencabar

PASUKAN ZK Racing membuktikan kehadiran mereka dengan mewujudkan program akar umbi dalam melahirkan pelumba-pelumba berbakat sudah mendatang­kan hasil positif dalam sukan dua roda negara.

Pasukan ZK Racing yang ditubuhkan oleh bekas pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairud­din pada 2018 itu menutup musim 2022 dengan kejayaan memukau apabila pelumba berusia 15 tahun, Hakim Danish Ramli yang bermula program MiniGP dinobatkan sebagai juara Asia Talent Cup (ATC) 2022.


ZULFAHMI

Lebih manis, Hakim Danish turut mencipta sejarah selepas dinobatkan sebagai pelumba pertama Malaysia merangkul gelaran ATC.

Bukan sahaja Hakim Da­nish melakukan kejutan, malah Syarifuddin Azman turut cemerlang pada Kejuaraan Dunia Junior GP di Eropah apabila menaiki tiga kali podium tempat kedua, sekali gus membolehkannya menamatkan saingan tempat keempat keseluruhan.

Sementara itu, naib juara ATC 2021, Danial Syahmi Ahmad Shahril turut positif pada kemunculan pertamanya pada perlumbaan Red Bull Rookies Cup sehingga mampu meletakkan dirinya berada di tangga ke-13 keseluruhan dengan 49 mata.

Aksi terbaiknya itu membolehkan pelumba berusia 20 tahun itu kekal bersaing di Red Bull Rookies Cup tahun depan bersama Hakim Danish.


Hakim Danish memiliki kemahiran tinggi dan sering bersaing di kelompok hadapan.

Bagi Damok pula, dia akan membawa cabaran besar dalam kariernya apabila akan membuat kemunculan sulungnya dalam perlumbaan kelas Moto3 di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada 2023.

Zulfahmi mengakui, ketiga-tiga pelumba muda negara itu beralih fasa yang lebih mencabar dan serius dalam karier mereka.

Tegas pengurus ZK Racing tersebut, kesemua pelumba di bawah pengurusannya itu akan berkampung di Sepanyol bagi meneruskan misi masing-masing bermula pada Mac sehingga November.

“Tahun 2022 adalah musim terbaik bagi pasukan saya kera­na kami berjaya meraih satu keputusan yang membanggakan terutama menjuarai Asia Talent Cup (ATC).

“Hakim Danish membuktikan dia seorang pelumba matang sehingga membolehkannya muncul juara di ATC 2022.

“Syarifuddin atau dikenali Damok pula tampil cemerlang di JuniorGP apabila menaiki podium pada perlumbaan tersebut. Kejayaan tersebut adalah manis buat ZK Racing sendiri selepas menyediakan pelumba yang benar-benar bersedia untuk bersaing perlumbaan yang kompetitif.

“Jadi, memasuki tahun 2023 nanti, kita sedar bahawa pelumba negara dan ZK Racing akan berdepan musim mencabar di mana Damok akan ke MotoGP manakala Hakim Danish dan Danial akan Red Bull Rookies.

“Kesemua mereka ini akan menjalani persiapan yang benar-benar serius untuk memastikan keadaan fizikal dan mental mereka dalam keadaan terbaik terutama misi untuk bersaing kelompok hadapan,” kata Zulfahmi.


SYARIFUDDIN atau lebih dikenali sebagai Damok.

Damok akan ke kelas Moto3 selepas disun­ting menyertai pasukan dari Sepanyol, MTHelmets-MSi dan bakal bergandingan bersama pelumba dari Brazil, Diogo Moreira.

Dalam pada itu, Zulfahmi turut menjelaskan program MiniGP yang dirangka mereka tetap diteruskan untuk mencungkil bakat-bakat baharu.

“Pada pandangan saya, program MiniGP ini akan diteruskan tetapi dengan perubahan kerajaan, kita masih menunggu jawapan terutama daripada pihak penaja iaitu Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

“Program MiniGP adalah satu program yang berjaya dimana ia merupakan platform pelumba muda dari peringkat umur bermula 8 tahun hingga 14 tahun.


DANIAL SYAHMI semakin yakin dengan prestasi cemerlangnya selepas dua tahun berehat panjang akibat kecederaan kemalangan.

“Pengalaman beraksi dengan jentera mempunyai tangki hadapan dapat membantu melahirkan pelumba seperti Hakim Danish bersaing di kelompok hadapan.

“Saya harap ia dapat diteruskan. Hakim Danish yang kita lihat mampu menjadi Hafizh Syahrin Abdullah kedua yang mampu melangkah ke pentas tertinggi MotoGP,” ujar­nya.

Hafizh Syahrin berjaya meletakkan nama beraksi dalam kelas perdana Kejuaraan MotoGP bersama pasukan Monster Yamaha Tech3 pada 2018 dan beraksi menggunakan jentera KTM bersama pasukan Tech3.

https://www.kosmo.com.my/2022/12 ... -serius-musim-2023/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.058968 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list