CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 445|Reply: 0

Doktor Terkejut Kelahiran Kembar Siam Memiliki Empat Tangan, Dua Kaki Dan Dua Kepala

[Copy link]
Post time 23-12-2022 10:08 PM | Show all posts |Read mode
Kelahiran sepasang kembar Siam di Mesir telah mengejutkan doktor-doktor kerana bayi berkenaan memiliki empat tangan, dua kaki dan dua kepala, lapor akhbar Daily Star semalam.


Ibu mereka bagaimanapun sudah menjangkakan kelahiran ganjil tersebut.




Kandungan bayi itu dalam tempoh sembilan bulan dianggap normal. - Newsflash





Kembar Siam yang jantinanya belum didedahkan itu dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean di Hospital Universiti Mansoura ketika usia kandungan dalam tempoh sembilan bulan yang dianggap normal.


Oleh kerana berkongsi banyak organ, kembar Siam itu dipercayai tidak akan dipisahkan. Mereka kini dipindahkan ke hospital pakar kanak-kanak untuk rawatan lanjut.


Akhbar The Mirror Uk melaporkan bahawa kes itu jarang berlaku dan proses pemisahan kembar Siam adalah amalan perubatan yang boleh dilakukan.


Dalam kes berasingan pada September lalu di Hospital Great Ormond Street di London, sepasang kembar Siam berjaya dipisahkan melalui pembedahan.


Kembar Siam berkenaan bercantum dari paras dada hingga ke pelvis dan pembedahan itu dianggap berjaya.



Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.058484 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list