CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2231|Reply: 7

Kena tipu dgn prospective clients

[Copy link]
Post time 13-11-2010 10:47 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by gandawang at 13-11-2010 18:44

Assalamualaikum kepada semua forummers...

Saya seorang yang berkecimpung dalam bidang financial planning ( unit trust, insurance dll ) ( melibatkan marketing dan managing, di mana kami sentiasa deal with people ) yang mana kami sangat terdedah kepada risiko ditipu, dianayai dan diperdaya oleh orang2 yang mengaku sebagai prospects.


Saya ingin berkongsi pengalaman ditipu oleh orang2 yg saya sangka sebagai prospective clients,tetapi sebenarnya tidak.


Pengalaman pertama,saya dan group saya buka booth di Midvalley Megamall untuk mencari new prospects, di mana saya mendapat no. hp prospect dari seorang daripada group members yg menyertai booth tersebut ( dia exchange cards dengan pengunjung di sana ). Kesilapan saya dalam kes ini ialah saya hanya sms dengan prospect ini,untuk set for appointment di mana saya bertujuan untuk close deal dengan prospect ini. Prospect ini ( mengaku sebagai perempuan berkerjaya bernama Nadia) memilih untuk berjumpa di area Dataran Maybank Bangsar pada pukul 8 malam.


Hints penipuan padamulanya sudah ada, apabila saya call prospect ini pada pukul 6:30 pm untukconfirmkan
appointment, di mana seorang lelaki yg menjawab



“ Ni kedai repair hp ni, customer ni belumambil lagi hp ni”


“Perempuan” itutidak pernah menjawab call saya sepanjang sebelum appt itu.



Dipendekkan cerita prospect ni postpone appt hingga pukul 11:30 pm di Dataran Maybank, dan saya berseorangan menunggu untuk berjumpa prospect ni sehingga jam 1 am. ( Sy menunggu dari jam 6:30 pm lagi, menghabiskan masa dan tenaga saya tanpa hasil ).


Apabila saya cl balik, memang lelaki yang menjawab dengan gaya gangster


“ Nadia tu bawah jagaan aku, apasal ko nak kacau dia?!”


Terbukti lelaki itumenyamar sebagai seorang perempuan berkerjaya semata2 untuk menganayai seseorang yang berniat untuk close business deal dengannya. Soalan saya apa faedah yg dia dapat dengan menganayai dan membuang masa orang lain seperti ini? Gila betul orang seperti ini.



Saya sehingga hari ini masih menangguhkan untuk membuat laporan polis ( kalau buat pun termasuk bawah kategori prank cl /public nuisance / lying ), saya pun ragu2 sama ada pihak polis mahu melayanreport polis ini atau tidak. Lagipun saya mempunyai banyak pengalaman close deals yang tidak menjadi di mana prospects menolak secara baik ataupun secara honest ( ini juga menghabiskan masa, tenaga dan wang saya ), tetapi saya amat marah apabila masa, tenaga dan wang saya habis dipermain2kan oleh manusia syaitan seperti ini.


Apa pendapat kalian?Apa yg tindakan yg sebenarnya harus saya ambil, kerana saya masih menyimpan no.hp penipu laknat tersebut.


P/S : Apabila ada masa dan mood saya akan menyambung lagi pengalaman ini…

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2010 12:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by waksir at 13-11-2010 12:45

mmg biasa terjadi mcm tu ..... nasihat saya:
1. tak payah buat report polis .... buang masa je. Tak di layan pun
2. nak deal dgn prospek kena call, jgn sms.
3. kalau prospek tak jawap call or sikap acuh tak acuh je ... tinggalkan mrk. Biasanye org ni mmg susah nak jawab TAK ...
4. Kalu prospek tak dtg dah 1 jam ... belah je la.
5. sabar je ... carik org lain la6. Hati-hati la, elok jumpa prospek di tpt terbuka & ramai org. skrg ni mcm2 jenis org nak menipu & mengugut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2010 06:51 PM | Show all posts
mmg biasa terjadi mcm tu ..... nasihat saya:
1. tak payah buat report polis .... buang masa je. Tak ...
waksir Post at 13-11-2010 12:43



    TQ bro for ur advice, btw bro terlibat dalam bidang financial planning, marketing dan managing juga ke?

Nampaknya saya benar2 perlu cari petua untuk menghindari orang2 gila macam ini. Saudara pernah terkena juga ke?

Thanks once again...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2010 11:08 PM | Show all posts
first bile call prospek nie tgk cara mcm mne die bercakap dgn kita, kalo die duk elak or marah2 kate je "mintak maaf menganggu,terima kasih" pastu letak telefon. lenkali ko jgn terlalu obses ngan sorang2 prospek, kalo die xmo just go to next custemer......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2010 11:36 PM | Show all posts
first bile call prospek nie tgk cara mcm mne die bercakap dgn kita, kalo die duk elak or marah2 kate ...
card_reader Post at 13-11-2010 23:08



    Bro, bukannya aku cl. Aku banyak sms dgn dia, bila aku call dia tipu kata client tu hantar hp ke kedai repair hp, dia kata dia ni pekerja kedai hp.........Dia ni lelaki yg mengaku jadi perempuan yg berkerjaya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2010 11:46 PM | Show all posts
Bro, bukannya aku cl. Aku banyak sms dgn dia, bila aku call dia tipu kata client tu hantar ...
gandawang Post at 13-11-2010 23:36



    sory x perasan.....len kali better ko jgn sms prospek, mmg payah la dieorg nak bg feed back. senang ko call je, aku pun mula2 duk sms prospek gak tapi mmg dieorg x penah balas pun kalo balas pun sebab nak cancel appoinment je
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-11-2010 11:51 PM | Show all posts
sory x perasan.....len kali better ko jgn sms prospek, mmg payah la dieorg nak bg feed bac ...
card_reader Post at 13-11-2010 23:46



    Memang silap aku masa tu. Lepas kejadian tu memang aku call terus je...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 09:49 AM | Show all posts
TQ bro for ur advice, btw bro terlibat dalam bidang financial planning, marketing dan mana ...
gandawang Post at 13-11-2010 18:51


aku mmg terlibat dgn sales ni ..
mcm2 jenis org aku jumpa, kekadang tu ada yg mudah nak deal & ada gak yg kaki temberang ...
tu yg kekadang rasa fed-up pun ada gak.


yg penting, kuatkan semangat & belajar drp pengalaman la
biasanye org ni, kalau kita call 2x tak jawab tu ... lupakan saje la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.278994 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list