View: 1776|Reply: 14
|
"Tak Perlu Doa Betul-Betul, Saya Pun Tak Tahu Jodoh Dengan Siapa,"-Khai Bahar
[Copy link]
|
|
Penyanyi Khai Bahar menyifatkan dirinya bertuah dapat berkongsi pentas bersama penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Konsert A Night To Remember di Persada Johor, Johor Bahru, baru-baru ini.
Khai berkata, dia berbesar hati menerima tawaran beraksi dalam konsert yang berlangsung selama dua hari itu.
Foto: IG
"Rasanya bukan saya sahaja, semua penyanyi tidak akan menolak jika ditawarkan berkongsi pentas dengan Siti.
"Saya bertuah kerana inilah kali pertama saya berkongsi pentas dengan penyanyi nombor satu Malaysia," kongsinya.
Khai pernah merakam lagu duet bersama Siti Nurhaliza menerusi lagu Cinta Syurga pada 2018.
Penyanyi kelahiran Kangar, Perlis yang juga finalis Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL 37) ini tidak akan menolak sekiranya diberi peluang sekali lagi untuk berduet bersama Siti.
Bakal mengeluarkan single duet tidak lama lagi, Khai berkata, dia bersyukur jika berpeluang berduet dengan Siti lagi.
"Hujung tahun ini saya akan terbitkan single duet dan selebihnya, lagu solo, tahun depan.
"Bagaimanapun, siapa pasangan duet saya, kita tunggu bulan depan," ujarnya teruja.
Sering dikaitkan dengan ramai selebriti wanita, Khai berkata, dia tidak tertekan apabila selalu dipadankan oleh peminat. Malah, berserah soal jodoh ke tangan Tuhan.
"Saya tak tertekan pun sebab saya anggap ia hanya gurauan. Saya faham, peminat nak bergurau dan tiada yang serius, malah saya tiada masalah sebenarnya.
"Kalau ada yang mahu menjodohkan, saya berpesan pada peminat jangan terlalu serius. Tak perlu doa betul-betul.
"Saya pun tak tahu jodoh dengan siapa. Jika ada, adalah...," katanya. - CARI
Sumber: XTRA
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak perlu doa betul2 makna kata doa olok2 ke gimana sisthuurrr?? |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana doa main2 tuu |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni hansome n good looking |
|
|
|
|
|
|
|
Tak perlu doa betul2?
Abeh nak doa salah2?
Nak doakan kau teruskan kekelempokan kau ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Sian juga kat retis2 rogayah ni.(iols tak ckp khai ye.nanti kena saman iols). Nak cur terbuka dalam grindr kang kantoi. Nak out from the closet kena kecam pulak. Terpaksa la coverina. Huhuhu. |
|
|
|
|
|
|
|
amyfaha replied at 23-12-2022 11:59 PM
Dia ni hansome n good looking
Ade duit semua pown boleh chuols… teringat wajah tulen heshe sewaktu ketika dolu… |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 24-12-2022 12:03 AM
Tak perlu doa betul2?
Abeh nak doa salah2?
Nak doakan kau teruskan kekelempokan kau ke?
Yeke dia kelempok |
|
|
|
|
|
|
|
takkizawa replied at 24-12-2022 12:39 AM
Sian juga kat retis2 rogayah ni.(iols tak ckp khai ye.nanti kena saman iols). Nak cur terbuka dalam ...
So nk cikcur cmne? Mgkin ada private circle kot. Geng2 vip berbayar jah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols paham jer apa yg dia maksudkan....sekadar usik² di mulut sahaja, tak perlu beriya mendoakan.
Peminat pun satu...suka² hati kenenkan sesama artis, ntah² dorg sendiri takde hati aka tak teringin pun dekat orang yg dipadankan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya doakan heshe dapat shuben helok kekar pasti heshe ok |
|
|
|
|
|
|
|
Kannn, sekadar usik sikit2 gurau manja gitu....
Khai jgn ler pakai rantai... rantai tu perhiasan org pompuan
|
|
|
|
|
|
|
|
Twrtekan tertekan....tp kt ig asik laaa bg caption mengundang and mcm sejenis eloklaaa khwin cpt2 gituuu |
|
|
|
|
|
|
|
Khai kan cara dia bercakap memang gini. Macam maksud tak berapa nak sampai gitu. Tapi sebenarnya dia jujur dan naif.
Caption ig tu pasal jodoh je sokmo. Boring dah Khai. Stuck kat situ jela.
Dia ni kalau cover lagu orang lagi sedap dari penyanyi asal. Lagu sendiri yang diingati hanya lagu bayang dan luluh. |
|
|
|
|
|
|
| |
|