View: 957|Reply: 14
|
Trend Minum Air Bawang Pula Di TikTok
[Copy link]
|
|
Washington: Pakar epidemiologi Amerika Syarikat (AS) bimbang dengan trend meminum air bawang yang tular di TikTok, didakwa mampu mengubati gejala selesema.
Menganggap ia sebagai satu lagi penawar yang terpesong daripada amalan kesihatan sebenar, kaedah itu juga disifatkan sebagai tidak terjangkau dek akal.
Video yang tersebar menunjukkan rendaman hirisan bawang dalam air adalah penawar baik untuk selesema dan ia meraih jutaan tontonan meskipun tiada bukti saintifik yang menyokong dakwaan itu.
Foto: AFP
Amalan itu menarik perhatian ketika Amerika Syarikat menghadapi apa yang dipanggil "tripledemic" iaitu influenza, Covid-19 dan Respiratory Syncytial Virus (RSV) yang memberi tekanan kepada perkhidmatan kesihatan negara itu.
Pakar Epidemiologi dan Penolong Profesor Universiti Illinois Chicago, Katrine Wallace memberi amaran video yang mempromosikan kepercayaan karut begitu berpotensi menjejaskan kesihatan awam.
"Bawang tidak akan menjejas sesiapa, tetapi jika sesiapa yang sakit, mereka sepatutnya berjumpa dan mendapatkan nasihat doktor.
"Saya risau orang ramai hanya minum air bawang itu dan tidak mahu mendapatkan rawatan dan mungkin boleh menyebarkan Covid-19 atau selesema dalam masyarakat," katanya kepada AFP.
Seorang penganalisis NewsGuard, Valerie Pavilonis menyatakan trend itu boleh memudaratkan orang ramai yang berpotensi menganggapnya sebagai rawatan sebenar.
"Walaupun ada penawar contohnya seperti meminum air bawang untuk menyelesaikan masalah resdung tidak memudaratkan anda, ia secara tidak langsung boleh membuatkan anda tersalah anggap, yang anda sedang merawat masalah itu," katanya.
Abbir Richards yang merupakan penyelidik di Accelerationism Research Consortium berkata, orang ramai menyukai rawatan ajaib dan kadang kala menganggap lebih menyakitkan penawar itu, maka ia lebih berkesan.
"enyelesaian mudah untuk masalah kompleks kerap berprestasi baik dalam algoritma didorong penglibatan seperti TikTok, terutama apabila penyelesaian itu murah dan senang diperoleh di kawasan di mana tiada bukti capaian penjagaan kesihatan," katanya.
Jurucakap TikTok berkata, platform itu akan membuang kandungan yang menyebar maklumat perubatan salah yang "kemungkinan menyebabkan kemudaratan ketara."
Bagaimanapun, katanya, video air bawang tidak termasuk dalam bahagian dikatakan "memudaratkan" dan dengan itu ia tidak dibuang. -CARI
Sumber: harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Baik kunyah bawang buat salad. Tapi kalau ada pedih ulu hati jgn makan bawang putih banyak sangat.
|
|
|
|
|
|
|
|
tak sanggup aku nk minum air bwg
siapa yg byk angin dlm bdn, makanla bwg putih. Klu rasa tekak lain mcm or rasa nk demam, boleh letak bwg merah kat dlm bilik tido. Bwg tu dibelah 2 |
|
|
|
|
|
|
|
Budder baca x ni agaknya?
Minum air suam je dah la.. |
|
|
|
|
|
|
|
lotusteratai replied at 23-12-2022 11:52 PM
tak sanggup aku nk minum air bwg
siapa yg byk angin dlm bdn, makanla bwg putih. Klu rasa teka ...
Bwg merah tu penah dgr ads org ckp tp untuk apa actually ye? |
|
|
|
|
|
|
|
tak pasti, takut salah ckp kang kata kepercayaan karut la pulak
tp serious try la petua ni bila rasa bdn tak sedap
|
|
|
|
|
|
|
|
Blend bawang masa buat air asam kerisek , lagi sedap makan
Atau buat ulam bawang je
Atau letak bawang banyak2 masa buat sup pastu makan lah hiruplah sup tu , sup kaki ayam nyumm |
|
|
|
|
|
|
|
Ni mesti matsalleh ikut petua whiny budder bengkak khens? |
|
|
|
|
|
|
|
bawakg goreng dgn daging n cili sedapnya |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti budder tengah berbangga tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
My fav ulam makan bawang merah. Banyak khasiat makan bawang merah mentah. You all search la ya. Nasi panas, pajeri nenas, ikan masin ulam dgn bawang merah ... Ya Rabbi sedah da'oh!
air minuman pula, air rendaman bunga cengkih, kadang dlm air tea yang light aii masukkan dua tiga biji cardamon. Hasil yang aii nampak setakat ini air rendaman ini boleh hilangkan batuk or lendir dlm tekak. Musim dingin kalau malas pasang air humidifier aii minum lah air rebusan rebusan ini. |
|
|
|
|
|
|
|
yeke? bangla keje mentedarah bawang mcm jajan sakit selseme juge. |
|
|
|
|
|
|
|
DARSITA replied at 24-12-2022 05:11 AM
My fav ulam makan bawang merah. Banyak khasiat makan bawang merah mentah. You all search la ya. Nas ...
Lendir yg oozes waktu tengah stim, yg boleh isi satu baldi...kalo nak.kurangkheun makan apo Dar? |
|
|
|
|
|
|
| |
|