CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 656|Reply: 4

PM Saman Amzad Dakwa Anwar Bohong Terima Gaji RM1

[Copy link]
Post time 22-12-2022 09:31 PM | Show all posts |Read mode
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah bahawa beliau berbohong menerima gaji RM1 ketika menjadi Penasihat Ekonomi Selangor.


Anwar, 75, selaku plaintif memfailkan saman itu pada Khamis menerusi Tetuan S N Nair & Partners di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dengan menamakan Ahmad Amzad sebagai defendan tunggal.


Peguam Datuk S N Nair, yang mewakili Anwar ketika dihubungi berkata saman itu difailkan pada jam 3.59 petang Khamis.




FB An




Dalam pernyataan tuntutan, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mendakwa pada 7 Disember lepas, defendan telah membuat beberapa kenyataan kepada sekumpulan pelanggan semasa menjamu selera di sebuah restoran.


Dakwa Presiden PKR itu, kenyataan terbabit telah diterbitkan semula di aplikasi TikTok di bawah nama @nelly3868 pada hari sama (7 Disember) dan mendapat tontonan melebihi 4,980 kali, 62 komen, 116 butang "like”, 18 butang "favourite” dan 50 kali perkongsian serta boleh diakses sehingga kini.


Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata, kenyataan fitnah itu telah dipetik dan diterbitkan oleh Malaysiakini, keesokannya (8 Disember) menerusi artikel bertajuk "S'gor economic adviser job: Anwar seeks public apology from MP".


Dakwa plaintif, kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud beliau (Anwar) tidak boleh dipercayai serta tidak jujur mengenai penerimaan jutaan ringgit daripada kerajaan Selangor sebagai Penasihat Ekonomi, menipu orang ramai dengan menyatakan menerima gaji RM1 sebagai Penasihat Ekonomi serta melakukan kesalahan jenayah dan mengkhianati mandat rakyat.


Anwar mendakwa kenyataan fitnah itu palsu, berniat jahat dan memperlekehkannya yang mempunyai imej sangat disanjungi di peringkat negara dan antarabangsa kerana beliau menentang rasuah.


Beliau mengecam semua dakwaan terhadapnya mengenai penerimaan gaji RM15 juta dan tuduhan jenayah lampau yang dibuat itu adalah bermotifkan politik.


"Dakwaan-dakwaan defendan dalam kenyataan fitnah itu tidak berasas dengan menggambarkan saya bekas banduan, walaupun Pengampunan Diraja telah diberikan," dakwanya dalam pernyataan tuntutan itu.


Menurut Anwar, dalam mengucapkan kata-kata fitnah itu, defendan dengan jelas sengaja dan berniat jahat apabila tidak mengendahkan jawapan rasmi bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor pada 27 Mac 2012, yang menyatakan bahawa gaji Anwar sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor hanyalah jumlah simbolik RM1.


Plaintif berkata pada 8 Disember lepas, peguam daripada firma guamnya telah mengemukakan notis tuntutan supaya defendan menarik balik, memohon maaf, mengaku janji untuk tidak mengulangi kenyataan itu selain membayar ganti rugi kepada plaintif, namun defendan tidak membalas tuntutan itu.


Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am dan pampasan serta ganti rugi teruk dan teladan selain memohon perintah injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menerbitkan atau mengedarkan kenyataan fitnah serupa.




Sumber: Bernama








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2022 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Tunjuk slip gaji laaa..ada bran?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2022 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Si Anwar Ibrahim ni tak habis-habis nak saman orang sana sini
Macam nak lunaskan balas dendam yang dah tersimpan selama ni
Sekarang masa untuk tunai kan tanggungjawab sebagai PM yang KO idam2 kan selama ni bukannya melempias kan amarah dan dendam kesumat yang KO simpan selama ni dengan mengeluarkan kuku besi KO tu
Suara rakyat yang sedang di luahkan sekarang ni kepada KO tapi KO pandang sepi ajerrr ye
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 08:13 AM | Show all posts
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2024 08:28 AM | Show all posts
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.294666 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list