CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 833|Reply: 5

Terkedu Lihat Anak Gadis Diculik 4 Pemuda Depan Kuil, Rupanya Plan Kahwin Lari Dengan Kekasih

[Copy link]
Post time 22-12-2022 07:46 PM | Show all posts |Read mode
Seorang bapa terkedu melihat anak gadisnya berusia 18 tahun diculik di hadapannya di daerah Sircilla, Telangana, India pada Selasa.


Difahamkan, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah usai sembahyang di kuil bersama bapanya.


Insiden yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) itu menunjukkan sebuah kereta tiba di lokasi kejadian sebelum secara tiba-tiba tiga lelaki melompat keluar dari sebuah kereta.








Sejurus penculik keluar dari kereta tersebut, salah seorang daripada mereka menangkap mangsa dan mengheretnya masuk ke dalam kenderaan berkenaan.


Kelihatan juga bapa mangsa cuba mengejar kereta berkenaan tetapi gagal apabila dua lagi penculik menghalangnya.


Ketiga-tiga suspek kemudian masuk ke dalam kereta dan rakan mereka yang memandu segera beredar dari tempat kejadian.





FB Majoriti



Menurut polis, kes mengenai kejadian difailkan sebelum tiga pasukan khas dikerahkan untuk menangkap mereka dan menyelamatkan gadis yang hilang itu.


Berdasarkan laporan media, polis berkata, salah seorang daripada empat suspek mempunyai hubungan dengan mangsa dan didakwa mereka pernah kahwin lari sebelum ini.


Satu kes turut didaftarkan terhadapnya sebelum ini kerana didakwa lelaki tersebut pernah melarikan diri dengan gadis itu.


Di sebalik insiden itu, mangsa yang bernama Goli Shalini akhirnya mengeluarkan sebuah video dan memberitahu bahawa penculikan tersebut merupakan rekaan dengan kekasihnya agar dapat melarikan diri bersama-sama.


Shalini berkata, dia bercinta dengan John sejak empat tahun lalu, namun ditentang ibu bapanya yang sudah mempersiapkan calon pengantin lelaki lain buatnya.


Menurut polis, remaja perempuan itu melarikan diri dengan John dan kedua-duanya berkahwin secara rahsia.


Shalini memberitahu polis bahawa dia dan kekasihnya kini berdepan ancaman nyawa daripada ibu bapanya dan berharap mendapat perlindungan keselamatan daripada pihak berkuasa.




Sumber: Majoriti








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2022 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Esok lusa mati ler budak pompun ni kena bakar dek family dia.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 09:12 PM | Show all posts
kisah dunia nyata pun dah mcm citer tamil
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2022 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
kawen lari mak bapak pompuan tu xpayah bayaq dowry.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 08:14 AM | Show all posts
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2024 08:33 AM | Show all posts
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.648688 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list