CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2454|Reply: 38

Apa Kes Masuk Malaysia Pelancong Jadi Pengemis? "Kita Nak Pergi Negara Diorang Punyalah Payah"

[Copy link]
Post time 22-12-2022 02:31 PM | Show all posts |Read mode
Kemasukan pelancong backpackers kelompok mat salih ke negara kita mungkin dari satu sudut berada pada tahap membimbangkan.


Mana tidaknya, sebahagian rakyat negara ini dikatakan terlalu baik dan menyanjung tinggi golongan ini sehingga mereka mudah mengambil kesempatan.


Sebagaimana dikongsikan seorang individu di media sosial, dia bersimpati dengan nasib lelaki berkulit putih yang dilihat berdiri di tepi jalan sambil meraih ihsan orang ramai.










Dalam video tersebut, kelihatan lelaki berkenaan sedang memegang sekeping plakad sambil tertera ayat yang ditulis tangan.


'Membantu. Saya perlukan wang untuk makan," tulisnya pada serpihan kotak tersebut.


Hantaran itu meraih perhatian netizen sehingga ada yang mahu menghulurkan bantuan atas dasar simpati terhadap lelaki warga asing ini.


Bagaimanapun, seorang wanita, Reina Lum tampil dengan satu video, mendedahkan hakikat sebenar kehidupan backpackers.


Apa yang disuarakan melalui video itu sedikit sebanyak membuatkan rakyat Malaysia berfikir dua kali untuk memberikan bantuan atau menderma kepada warga asing ini.


Menurut Reina Lum, hampir sebahagian besar daripada mereka yang dilihat mnagih ihsan seperti mana dilakukan lelaki dalam video tersebut hanya mahukan duit segera dengan mempergunakan warga Malaysia.







"Sorry to say, kadang-kadang baik orang kita ni tak bertempat.


"Orang ni backpackers. Kalau anda tengok video yang saya stitch (duet) ni, banyak sangat orang (cakap) tolong dia sebab memerlukan bantuan. Kadang-kadang kita atas, kadang-kadang kita kat bawah.


"Yes, betul. baiknya hati orang Malaysia. Mereka tengah ambil kesempatan atas kebaikan anda," jelas wanita ini.


Dia juga mengakui bahawa apa yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dirinya sendiri yang kerap ke luar negara.


Tambahnya lagi, berbeza apabila kita mahu masuk ke negara luar, pelbagai perkara perlu diperiksa oleh pihak berkuasa di sana, termasuk ada negara yang menetapkan visa kemasukan.


"Kenapa saya cakap macam ni sebab saya dah banyak kali travel dekat negara mereka. Saya ada buat video tentang betapa susahnya nak dapat visa kebenaran untuk jejak kaki ke negara mereka. Kita nak pergi negara mereka kena berhempas pulas (susah).


"Semua benda mereka nak tahu. Bank statement, even simpanan ASB dia akan minta. Punyalah penting bagi mereka untuk memastikan kita ada duit nak belanja dekat negara mereka. Mereka nak datang negara kita tak payah visa pun.


"Kalau mereka mampu beli tiket sangat mahal untuk datang negara kita, mereka tetap kena balik (semula) kan. Kalau nak travel satu dunia secara percuma tu memang tidaklah," ujarnya lagi.


Kata Reina, golongan ini berani ambil kesempatan atas budaya dan kebaikan kita tanpa tidak disedari.


Tambahnya, kebanyakan negara Asia Tenggara lain sudah menyedari tentang masalah ini tetapi tidak di Malaysia.


"Ambillah contoh kepada satu French tourist yang baru-baru ini datang ke Malaysia kita agung-agungkan.


"Bila keluar dari Malaysia... nampak sangat perangai dia tak diterima oleh orang lain. Kita saja yang baik," katanya.


Setelah mendengar pendedahan yang dibuat oleh Reina, ramai netizen tampil berkongsikan pengalaman buruk apabila pernah cuba didekati golongan sama.


Rata-ratanya mengakui bahawa perbuatan mereka ini hanyalah bertujuan mengambil kesempatan sahaja.


"Betul. Well said. Tiga kali mohon visa Australia bagi geran tanah atau rumah bagai tetap ditolak. Kejam.


"Saya tinggal dekat luar negara ni dah 'masak' (faham) sangat. Kalau kita susah pun cari embassy tak akannya mereka tolong.


"Tak tipu. Kalau pelarian, kena maki habis. Disebabkan mereka ni berkulit putih, free pass," komen netizen di TikTok.


Dalam pada itu, wanita ini juga mencadangkan jika warga asing ini memiliki masalah ketika bercuti ke Malaysia, mereka boleh meminta bantuan dengan merujuk kedutaan negara masing-masing. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2022 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Naik la bot sama.rohingya...
Parasit sungguh.la
Nak berjalan tp takde duit..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 02:54 PM | Show all posts
ummah belah sinun je menyanjung tinngi kokesen ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 02:55 PM | Show all posts
elok sedekah tempoyak kat org macam instead of money
biar dia serik nak mnta derma lagi
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita masuk negara depa siap kena punggah bag,
Pandang kita masuk bawak dedeh.. nyampah kadang
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang putihh mintakk sedekah teruss netijen Malaysiaa kesian laa apaa laa. Cerr orang indon ke bangla ke mintak sedekah macam nie.xcukup tanah netijen Malaysiaaa cercaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2022 03:14 PM | Show all posts
iye, betul. mana2 negara kat luar tu sama je perangai diorg. pandang org luar sebelah mata. baik yg datang dari negara maju atau yg datang dari negara yg konon bangsa dia bangsa yg konon lawa handsome sangat lah. belum kira racist lagi. perasan habis. mmg 'unik' lah masyarakat Malaysia ni. lain macam baiknya. suruh je diorg ni pegi kedutaan diorg kat malaysia ni. biar kedutaan diorg yg uruskan rakyat deme. itulah gunanya kedutaan kan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak hingin nak sedekah kat omputih busuk backpackers mcm nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2022 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
tgok la mcm mna imi diaorg layan rakyat kita, akak setuju sgt dengan video budak ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Gigih kome bg derma.. rohingya kome tak nak bg derma plk.. ini tidak adil
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 03:23 PM | Show all posts
manalah tak beratus tahun dijajah....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 03:41 PM | Show all posts
Gugel trnslate gone wrong :

Membantu. Saya perlukan wang untuk makan," tulisnya pada serpihan kotak tersebut

Setelah ditranslate :
HELP!
Need money for food.

Kesahnyer
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kokesen pprt.
Sama taraf dgn pati.



Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 03:53 PM | Show all posts
Tu hari nampak kat jembatan TBS nak ke train tu:

Please help. We need money for tickets. We've been robbed.

Aku tinjau tin bekas duit dia, macam lumayam jugak nampak not kaler merah oren.
Betul ke nak blah dari malaysia tu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
KamikuP replied at 22-12-2022 03:41 PM
Gugel trnslate gone wrong :

Membantu. Saya perlukan wang untuk makan," tulisnya pada serpihan kotak ...

Tu kalau bagi nasik bungkus dan teh ais, agak2 dia nak ke tak?

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 03:54 PM | Show all posts
Buritan replied at 22-12-2022 07:18 AM
Gigih kome bg derma.. rohingya kome tak nak bg derma plk.. ini tidak adil

rohingya gelap kepam, ini blonde mata biru. Mana tak acik2 cair.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2022 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Toksah layannnn.scammers gak tu

Kotak berduit dia berenang mai media kat

Kalo btui tadak pi carik keje sambilan

Pi tempat depa ada WORK VISA..p mesia tadah tangan je..

Polis pi sound..tanya..cek dokumen depa ..bank acc depa..ckp sini bukan tempat kasi duit..tadak duit pesai back packing

Yg ori backpackers depa p hutan..kampung..pi luo bandar..ni mengemis dlm bandar..kejadah

Tp orang mesia MMG bodoh pun..senang kne tipu ke scam ke dah tu pantang tgk kokesen...nk beki DNA gitu .on je
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 04:00 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 22-12-2022 07:54 AM
Tu kalau bagi nasik bungkus dan teh ais, agak2 dia nak ke tak?

Not my taste  - katanya lah.. ekekekek
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Isu basi. Dah lama berlaku dan selalu sgt mrk buat mcm ni. Nothing new.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
sufi^_^ replied at 22-12-2022 03:53 PM
Tu hari nampak kat jembatan TBS nak ke train tu:

Please help. We need money for tickets. We've been ...

Dia isi skit dulu..cam leading gitu..pastu ko plak bubuh

To me sme depa tu scammer

Soang dah berjaya pastu dia Cite n akhirnya semua tau senang buat duit kat kolompo...ko kasi alasan je

Kalo aku de situ aku soal mcm MCM bio pucat dia kantoi

Bodoh n mesian MMG tak dapat di pisah kan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.072864 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list