CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 563|Reply: 4

Syarikat Jepun Keluar Peranti Tiruan Untuk Si Ketagih Telefon Pintar

[Copy link]
Post time 22-12-2022 02:26 PM | Show all posts |Read mode
Syarikat Jepun, eKod Works bakal mengeluarkan peranti tiruan, AcryPhone yang berfungsi mengatasi ketagihan pengguna memegang telefon pintar.


AcryPhone adalah sekeping akrilik halus seperti telefon pintar, namun tidak mempunyai skrin sebenar, pembesar suara mahupun lampu LED kecil.




eKod Works




Ia direka khusus supaya muat di tapak tangan bagi membolehkan pengguna melepaskan diri seketika daripada telefon pintar sebenar dengan lebih mudah.


AcryPhone didatangkan dalam dua varian iaitu versi akrilik asas berharga AS$25 (RM110.72) atau versi lebih realistik AS$26.5 (RM117.36) yang disertakan dengan lapisan plastik perlindungan skrin walaupun tidak mempunyai skrin.




eKod Works




Dengan ukuran 146 milimeter (mm) x 71 mm x 8 mm, AcryPhone serasi dengan sarung telefon pintar yang sesuai dengan saiznya serta penutup lensa kamera, jika pengguna mahu menjadikannya kelihatan seperti telefon pintar sebenar.


Pengguna yang berminat boleh membuat pratempahan di kedai rasmi eKod Works dan penghantaran dijadualkan bulan depan.





eKod Works






Pada 2014, sebuah syarikat pernah mengeluarkan produk hampir sama dengan AcryPhone iaitu NoPhone, plastik berbentuk seperti iPhone yang direka Klemens Schillinger dari Austria.




Sumber: Harian Metro








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2022 04:03 PM | Show all posts
Ni nak atasi tengok blue kat hp ke haper noks?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sangka ada jugek yg ketagih hfon sampai terpaksa cipta hfon tipu-tipuan utk lepaskan ketagih pegang hfon tu yachh
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 07:24 PM | Show all posts
berat nanang nih
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
baik pegang enpon faulty… kat rumah mesti ada je yg faulty. kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.138183 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list