View: 1532|Reply: 21
|
[Tempatan]
Rumah Makan Rusa, saji menu eksotik
[Copy link]
|
|
Rumah Makan Rusa, saji menu eksotik
https://www.bharian.com.my/hujun ... a-saji-menu-eksotik
Oleh Mohd Rashidi Yusuf - Disember 22, 2022 @ 11:24am
[email protected]
Rusa masak kicap (kiri) dan Sup daging rusa disediakan di Rumah Makan Rusa.
Bagi penggemar makan eksotik, khususnya daging rusa dengan pelbagai selera masakan, tidak perlu bersusah payah mencari.
Restoran dipanggil Rumah Makan Rusa, terletak di tepi Jalan Raya Kuala Kangsar- Gerik, Kampung Sumpitan, Lenggong, Perak ini, menjadi tumpuan pengunjung dari segenap negeri termasuk pelancong asing.
Pelbagai menu berasaskan daging rusa, iaitu sup daging rusa, selain rusa masak kicap, gulai lemak Pattani, daging bakar rusa dan lain-lain.
Lantas, usaha pasangan suami isteri, Rozifah Mat Desa, 41, dan suaminya, Wan Baharuddin Wan Harun, 43, membuka kedai makan ini menepati peminat makanan eksotik
Mudah mendapatkan bekalan daging rusa mendorong pasangan itu membuka kedai makan sekali gus memudahkan pengunjung mencari menu eksotik seumpamanya.
Antara menjadi pendorong pasangan ini membuka kedai makanan berkenaan adalah disebabkan mudah memperoleh bekalan berikutan banyak terdapat ladang ternakan rusa di Hulu Perak, khususnya di Lenggong.
Gulai lemak rusa, antara kegemaran pengunjung.
Rozifah dan Wan Baharuddin sempat mengembara, selepas berpenat-lelah mengusahakan Rumah Makan Rusa di Lenggong.- Foto/Ihsan Wan Baharuddin
Justeru, mereka tidak menang tangan melayani kunjungan pelanggan, lebih-lebih lagi pada hari-hari percutian dan musim perayaan untuk merasai kenikmatan hidangan rusa.
Biarpun tidak ada pengalaman, modal pula daripada hasil menabung sejak beberapa tahun, akhirnya kedua-dua pasangan suami isteri itu berjaya membuka sebuah kedai makan yang sederhana besarnya, yang terletak
Rozifah berkata, kini kedai makannya menjadi antara destinasi persinggahan utama pengunjung luar terutama datang ke daerah ini.
"Saya memang minat makanan eksotik dan saya dapati memang sangat payah nak mencari kedai makan yang ada jual makanan seperti itu yang mendorong saya buka kedai ini.
"Cadangan suami akhirnya dengan modal hasil menabung, kami berjaya buka Rumah Makan Rusa ini,
"Dengan sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung, mereka melipat gandakan masakan terutama pada hujung minggu, musim cuti sekolah dan musim perayaan.
"Kebanyakan pengunjung yang datang dari jauh, seperti dari Kelantan, Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan lain-lain. Ramai juga yang datang dengan keluarga, berkumpulan atau berkonvoi motosikal," katanya yang membuka kedai berkenaan sejak 2018.
Turut dikunjungi VIP dan selebriti
Kebanyakan pengunjung, terutama yang datang dari jauh, mereka datang dengan tujuan sampingan untuk melawat tempat-tempat menarik di sekitar Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
"Banyak terdapat tempat menarik untuk dikunjungi di sini, di samping itu RMR turut menjadi sebahagian destinasi kunjungan mereka," katanya.
Rozifah berkata, selain orang biasa, kedai makannya turut dikunjungi pelbagai peringkat termasuk VIP dan artis terkenal.
Antara pengunjung yang singgah di Rumah Makan Rusa untuk menikmati sajian eksotik. - NSTP/Mohd Rashidi Yusuf
Justeru, pasangan suami isteri itu berhasrat memajukan lagi perniagaan mereka kerana yakin mampu berdaya saing berdasarkan jumlah pengunjung semakin bertambah dari semasa ke semasa, selain ramai pelanggan yang mengulangi makan di sini.
Untuk pesanan, tempahan pelanggan dari RM10 hingga RM50 berdasarkan jumlah erat daging rusa yang dikehendaki.
Wan Baharuddin berkata, beliau tidak mempunyai masalah mendapatkan bekalan rusa kerana banyak peladang yang mengusahakan ternakan rusa di daerah itu.
Wan Baharuddin membuka kedai makan menepati peminat sajian eksotik. -NSTP/Mohd Rashidi Yusuf
Bekalan rusa boleh diperoleh dari ladang ternakan di sekitar seperti di Padang Ragut Temelong, Bukit Sapi, Luat, Chepor, Pusat Ternakan Haiwan Lenggong milik Kerajaan Persekutuan, di Sumpitan.
"Bekalan rusa mentah tidak menjadi masalah kerana stoknya sentiasa ada," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sabah ada jual daging rusa liar....org sabah cakap payau |
|
|
|
|
|
|
|
Rusa ni aiol suka yang dah salai je pehtu masak la sup ka, lomak ka, goreng cili ka, etc. Sedap. Daging rusa fresh, kurang suka. Rasa gamey kuat terutama rusa liar. |
|
|
|
|
|
|
|
Simunggu replied at 22-12-2022 03:32 AM
Sabah ada jual daging rusa liar....org sabah cakap payau
Goreng/masak sama lada putih (cili putih @ cili pondan. Bukan lada putih biji2) sedap tu. Taru banyak bawang bombay/merah hiris. Makan sama nasi putih panas. Terangkat urang bilang. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi ada yg cite kena hati2 skit belah lenggong, beruas sbb kat situ tempat org nak test power mak esah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Antara lembu, rusa, kuda ngan kangaroo, iols prefer kangaroo meat lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 22-12-2022 11:35 AM
Rusa ni aiol suka yang dah salai je pehtu masak la sup ka, lomak ka, goreng cili ka, etc. Sedap. Dag ...
Pnh beli burger daging rusa, dpt mkn 1-2 suap jer sbb tak tahan bau dia...itik pun meols tak bole mkn sbb masalah yg sama, tak tahan bau.
Masa meols jln2 Norway naik tourist boat, dlm boat ada jual daging reindeer salai. Meols tak beli lah sbb tak halal.
|
|
|
|
|
|
|
|
iols pernah mkn kedai acik ni. ramai la jugak kastemer everytime pergi tu. iols tak suke sbb bau hamis ke lagumana entah. tp husband iols suke nau.
redha je la tiap kali blk kg sggh dulu sini santap dan tiap kali jugak iols harap kedai ni katup time weols blk kg |
|
|
|
|
|
|
|
Lama dahulu ada satu Thai restaurant menyajikan daging rusa berhampiran Summit hotel di USJ tu. Selalu datang makan. |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 22-12-2022 11:52 AM
Antara lembu, rusa, kuda ngan kangaroo, iols prefer kangaroo meat lagi.
Apa rasa daging kanggaru? Rasa kecian pulak deme hepi2 lompat sana sini, teruih jadi lauk.. |
|
|
|
|
|
|
|
fuhhhh...sedap..kamu nanya..
|
|
|
|
|
|
|
|
Di sabh tu jual daging buaya di supermarket pun ada. Terkejut tengok rupanya daging buaya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dapnyeh... Kalau ada landak iols nak p |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Samerosie at 22-12-2022 01:14 PM
Tinot7 replied at 22-12-2022 12:28 PM
Apa rasa daging kanggaru? Rasa kecian pulak deme hepi2 lompat sana sini, teruih jadi lauk..
Firmer and tak banyak lemak compared to beef. Iols tak de la masak lemak ke goreng kunyit ke, buat steak grilled la juga medium rare gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
ya betul... daging org shj tiada
|
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 22-12-2022 01:11 PM
Firmer and tak banyak lemak compared to beef. Iols tak de la masak lemak ke goreng kunyit ke, bua ...
Eeeiii.. takleh bayangkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
oh ye ke?
kawan aku pn sorang dr lenggong, artist ( pelukis potret ) berbakat..
tp adik beradik dia yg lelaki byk yg ada masalah dadah ...
dia kata area lenggong tu byk kes dadah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 22-12-2022 11:52 AM
Antara lembu, rusa, kuda ngan kangaroo, iols prefer kangaroo meat lagi.
Yg uols mentioned kangaroo saja iols tapenah mkn landak,seladang,arnab pn i patuk |
|
|
|
|
|
|
|
Exotic ka rusa ni? Ntah la. Mmg slalu mkn. Tiap kali blk umah mak aku mmg ada. Tambah2 time raya sbb ada ipar2 yg xmkn lembu so bapak beli kerbau & rusa/kijang siap2. |
|
|
|
|
|
|
| |
|