CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 407|Reply: 0

[Dunia] Jambatan runtuh dua hari sebelum dibuka secara rasmi

[Copy link]
Post time 22-12-2022 11:20 AM | Show all posts |Read mode
Jambatan runtuh dua hari sebelum dibuka secara rasmi

https://www.hmetro.com.my/global ... dibuka-secara-rasmi

Agensi

Disiarkan pada: Disember 22, 2022 @ 11:01am


JAMBATAN baharu runtuh di Sungai Burhi Gandak. FOTO Agensi

New Delhi: Selang dua hari sebelum dibuka rasmi, jambatan baharu di timur Bihar, India, retak hingga mengakibatkan runtuhan.

Jambatan sepanjang 206 meter yang dibina di Sungai Burhi Gandak, Begusarai itu 'terputus' dan jatuh ke dalam sungai, pagi Ahad lalu.

Gambar dan video yang tular di media sosial menunjukkan dua bongkah besar jambatan itu terapung di sungai.

Majistret Daerah Begusarai, Roshan Kushwaha mengesahkan tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan berlaku.

Beliau mengarahkan siasatan ke atas keruntuhan itu dengan pemeriksaan dilakukan sepasukan jurutera dari jabatan kerja luar bandar negeri itu.

Katanya, tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan berlaku.

"Jambatan itu dibina syarikat pembinaan tempatan dan sering digunakan pejalan kaki dan kenderaan kecil juga dibenarkan melaluinya.

"Nasib baik tiada siapa mengalami kecederaan fizikal apabila bongkah besar itu jatuh ke dalam sungai," katanya dipetik akhbar Indian Express.

Pembinaan jambatan yang menelan belanja 1.3 juta Pound Sterling (RM 6.98 juta) itu dibina di bawah skim kerajaan negeri pada 2016.

Pembinaannya bertujuan membuka akses laluan lebuh raya antara dua kawasan tempatan yang memberi manfaat kepada hampir 30,000 orang.

Penduduk tempatan kini dilaporkan terpaksa menaiki bot atau menempuh jarak lebih jauh iaitu 20 kilometer melalui daerah seterusnya.

Dua bulan lalu, insiden sama mengakibatkan sekurang-kurangnya 135 orang maut dalam runtuhan jambatan di Gujarat .

Dalam kejadian berkenaan, jambatan gantung di Morbi, sepanjang 223 meter (m) dan selebar 1.25 m runtuh hanya beberapa hari ia dibuka semula kepada orang ramai selepas beberapa bulan dibaiki.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.053283 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list