CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 753|Reply: 2

Afghanistan Diserang Penyakit Misteri

[Copy link]
Post time 21-12-2022 09:29 PM | Show all posts |Read mode


Lebih 80 individu dijangkiti patogen tidak diketahui dan dua kanak-kanak meninggal dunia di wilayah Zabul di Afghanistan.


Media tempatan pada Selasa melaporkan, pihak berkuasa Taliban memberitahu penyakit misteri itu menyebabkan demam yang teruk selain berlaku pendarahan pada mulut dan hidung.




Sistem penjagaan kesihatan di Afghanistan dibiayai sepenuhnya oleh pembiaya asing sehingga Taliban mengambil alih kuasa selepas pengunduran tentera Amerika Syarikat (A)S pada Ogos 2021. - Foto Agensi





Ketua Kesihatan Awam, Abdul Hakim Hakimi berkata, klinik di daerah Shahjoy di wilayah itu merekodkan peningkatan jumlah kes penyakit misteri tersebut sejak beberapa minggu lalu.


Wilayah Zabul pernah dilanda penyakit misteri pada musim panas lalu apabila kira-kira 200 penduduk di Shahjoy mengalami simptom seperti taun pada Mei lalu dipercayai berpunca daripada tahap kebersihan yang lemah.


Pada akhir bulan lalu, wabak pertussis atau batuk kokol menjangkiti 300 penduduk di wilayah itu dan turut menyebabkan kematian dua kanak-kanak.


Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggap sistem kesihatan di Kabul kini 'di ambang kejatuhan' berikutan kurang satu daripada lima klinik negeri masih beroperasi dan penyakit seperti polio adalah endemik.


Difahamkan, sistem penjagaan kesihatan di Afghanistan dibiayai sepenuhnya oleh pembiaya asing sehingga Taliban mengambil alih kuasa selepas pengunduran tentera Amerika Syarikat (A)S pada Ogos 2021.




Sumber: Sinar Harian








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2022 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
So yg layak masuk hospital sana lelaki sahajake?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2022 03:43 AM From the mobile phone | Show all posts
melinda_kerr: So yg layak masuk hospital san ...
x lah nenek ko pun boleh masuk sama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.957641 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list