CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 282|Reply: 0

Pan Gon bawa barisan terbaik hadapi Piala AFF

[Copy link]
Post time 21-12-2022 04:33 PM | Show all posts |Read mode

Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon (dua kiri) bersama Presiden FAM, Datuk Hamidin (kiri) Mohd Amin mengadakan pertemuan dengan pemain di hotel penginapan mereka di Yangon, Myanmar malam tadi. - Foto ihsan FB FAM.

YANGON, Myanmar: Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengakui barisan 23 pemain dipilih mengharungi kempen Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) bagi edisi ke-14 kali ini adalah terbaik daripada kelompok yang ada.

Beliau yakin skuad ini akan mampu menyerlahkan 'taring' sebenar meskipun ramai di luar sana menganggap sebaliknya.

"Kami perlu ambil ia secara keseluruhan dan saya bawa skuad yang terbaik di kejohanan ini, di mana saya fikir ini adalah skuad terbaik yang kami boleh bawa daripada skuad ini.

"Jadi kami akan berikan sebaik mungkin. Malah saya gembira dengan pemain dan komitmen mereka sejak kami mula menjalani latihan," katanya yang tampil buat pertama kali selaku jurulatih di kejohanan serantau itu.

Malaysia yang pernah muncul juara pada edisi 2010 selain naib juara sebanyak tiga kali iaitu pada 1996, 2014 dan 2018 lalu, diletakkan dalam Kumpulan B bersama Myanmar, Laos, Vietnam dan Singapura.

Ditanya mengenai peluang anak buahnya pada saingan itu, Pan-gon yang berjaya membawa pasukan menamatkan badi selama 42 tahun untuk layak ke Piala Asia pada Jun lalu menegaskan, beliau komited untuk terus menceriakan penyokong dengan menghadiahkan kemenangan demi kemenangan dalam kejohanan ini.

"Semua pemain berada dalam keadaan cergas dan yakin serta mahu mempamerkan aksi terbaik untuk memberikan keputusan yang menggembirakan penyokong bola sepak Malaysia," katanya yang mengambil alih tempat Tan Cheng Hoe pada awal tahun ini.

Dalam perkembangan sama, bekas jurulatih Hong Kong yang berasal dari Korea Selatan itu turut mengingatkan pemain agar memperagakan aksi terbaik kerana saingan Piala AFF juga bakal ditayangkan secara langsung di stesen televisyen di negaranya.

Katanya, ini adalah peluang untuk tonggak negara mencuri perhatian kelab-kelab di Liga Korea bagi mengembangkan bakat di luar negara.

Untuk rekod, belum ada lagi pemain Malaysia yang mengikat kontrak di Liga Korea berbanding saingan Liga Jepun di mana ketika ini Hadi Fayyadh Abdul Razak beraksi buat kelab Azul Claro Numazu di negara Samurai Biru itu.

https://www.bharian.com.my/sukan ... ik-hadapi-piala-aff
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.038550 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list