CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 467|Reply: 1

PU Azman Mengaku Tak Salah Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja Lelaki

[Copy link]
Post time 21-12-2022 04:14 PM | Show all posts |Read mode
Pencetus Ummah (PU), Azman Syah Alias mengaku tidak bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki berusia 17 tahun.


Pendakwah selebriti itu kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norhazani Hamzah.


Mengikut kertas pertuduhan, Azman Syah melakukan kesalahan terbabit di sebuah bilik resort di Hulu Langat, pada waktu tengah hari 22 Julai lalu.




Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman hadir ke mahkamah untuk didakwa atas pertuduhan melakukan amang dan komunikasi seksual serta kelucahan melampau pada tiga remaja lelaki di Mahkamah Ampang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 21 DISEMBER 2022.





Tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.


Pada prosiding sebentar tadi di Mahkamah Ampang, Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim memohon PU Azman tidak diikat jamin, namun dibantah peguam bela, Mohamad Zahid Ahmad.


Kata Mohamad Zahid, jaminan perlu diberikan kerana ia penting bagi tertuduh menyediakan pembelaan terbaik untuk kesnya, malah jaminan telah diberikan kepada anak guamnya dalam pertuduhan kes sama di Mahkamah Klang dan Seremban.


Hakim Norhazani kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.


“Syarat tambahan iaitu melaporkan diri di balai polis berdekatan pada setiap satu haribulan, dilarang mendekati mangsa dan saksi pendakwaan serta pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dibicarakan. Sebutan kes pada 10 Februari tahun depan,” ujarnya.


Mahkamah Sesyen Ampang merupakan mahkamah ketiga selepas didakwa di Mahkamah Klang dan Seremban pada Oktober dan awal bulan ini.


Untuk makluman, pendakwah itu didakwa atas empat pertuduhan melakukan amang dan komunikasi seksual serta kelucahan melampau pada tiga remaja lelaki tahun ini di Mahkamah Klang.


Kesalahan sama turut didakwa di di Mahkamah Seremban atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki pada tahun sama.


Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan kepadanya.


Di mahkamah Seremban, PU Azman kemudian membayar jaminan RM40,000 bagi semua pertuduhan dan tertuduh dilarang menghampiri mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai, selain perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.


Manakala di mahkamah Klang pula, pendakwah itu dibenarkan membayar jaminan keseluruhan RM24,000 bersama penjamin dan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa, keluarga dan saksi pendakwaan selain melapor diri di balai polis berhampiran rumah setiap awal bulan bermula bulan ini.




Sumber: MalaysiaGazette






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2022 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Pencetus Ummah ni tak habis-habis nak mencetuskan kemarahan ummah!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.053621 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list