CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 335|Reply: 0

[Selangor] Tragedi Batang Kali: Mayat budak perempuan ditemui pada kedalaman 17 meter

[Copy link]
Post time 21-12-2022 11:45 AM | Show all posts |Read mode

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemukan mayat ke-25 tragedi tanah runtuh Batang Kali iaitu seorang kanak-kanak perempuan dianggarkan berusia lingkungan 5 hingga 7 tahun pada 11.15 malam tadi. Ihsan Bomba Selangor

BATANG KALI: Mayat seorang budak perempuan yang ditemui di lokasi Tragedi Batang Kali malam tadi, ditemui tertimbus pada kedalaman lebih 17 meter daripada aras tanah.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata mayat kanak-kanak anggaran umur antara 6 hingga 10 tahun itu berada berdekatan batu yang dianggarkan lebih besar daripada jengkaut.

"Ketika ditemui, kanak-kanak perempuan itu ditemui dengan berpakaian lengkap baju tidur berwarna merah jambu.

"Berdekatan mangsa juga terdapat empat beg yang mengandungi pakaian dan komputer riba namun tiada pengenalan diri bersama mayat.


"Mayat sudah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat," katanya kepada pemberita mengenai situasi terkini operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan, Father's Organic Farm, Jalan Genting, di sini hari ini.



Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah dan Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Hafisham Mohd Noor ketika sidang media di Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, hari ini. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali



Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemukan mayat ke-25 tragedi tanah runtuh Batang Kali iaitu seorang kanak-kanak perempuan dianggarkan berusia lingkungan 5 hingga 7 tahun pada 11.15 malam tadi. - Foto ihsan Bomba Selangor

Tambahnya, kanak-kanak yang juga mayat ke-25 itu ditemui di Sektor C (Riverside) dan operasi SAR yang memasuki hari keenam itu akan menumpukan di kawasan terakhir mayat itu ditemui.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata sebelum ini pihaknya sudah mengorek tanah di kawasan berkenaan dengan kedalaman lebih 12 meter daripada aras tanah.

"Sebelum ini kita sudah gali, namun rupanya kedalamannya lebih tinggi daripada jangkaan kita. Bila kita gali dengan kedalaman lebih 16 meter, air keluar membuak-buak dan mangsa ditemui di tepi batu besar sebab itu proses pencariannya agak lambat," katanya.


Kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Jalan Genting-Batang Kali. - NSTP/Eizairi Shamsudin


Kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Jalan Genting-Batang Kali. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Sementara itu, Hafisham berkata kini pihaknya cuba untuk mengurangkan anggotanya kepada 106 orang di kawasan berkenaan kerana keadaan tanah yang berselut dengan ketinggian 14 meter.

"Semalam, ketika SAR selepas kedalaman 16 meter itu, air yang keluar membuak buak dan keadaan bahaya, sebab itu kita hentikan operasi. Sekiranya kita masih di sana, mungkin akan beri masalah sekiranya berlaku kecederaan dan sebagainya.

"Jadi hari ini kita akan kawal kemasukan orang serta meletakkan pasukan pegawai keselamatan untuk tengok pergerakan tanah.

"Sekiranya ada laporan berkemungkinan berlakunya gelinciran tanah, kita akan bunyikan siren dan kesemua anggota yang berada di kawasan tanah runtuh perlu keluar," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... i-pada-kedalaman-17
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.175957 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list