CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 261|Reply: 0

[Pulau Pinang] Rosakkan pagar rumah: Dua lelaki didenda RM4,000

[Copy link]
Post time 20-12-2022 07:15 PM | Show all posts |Read mode
Rosakkan pagar rumah: Dua lelaki didenda RM4,000


Disember 20, 2022 @ 4:41pm






GEORGETOWN: Dua lelaki, masing-masing didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas kesalahan melakukan khianat dengan merosakkan pagar sebuah rumah, Julai lalu.

Majistret Azlan Basri turut memerintah Chua Kean Seng, 57, dan Junazry Abdul Hamid, 44, dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama melakukan khianat dengan merosakkan harta rumah iaitu pagar rumah pengadu Ong Hsing Li, pada 1 tengah hari di Jalan Pantai Molek, Tanjung Tokong 17 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu, kedua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara antara setahun hingga lima tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, peguam kedua-dua tertuduh Khairul Fairuz Rahman merayu mahkamah menjatuhkan hukuman denda minimum, kerana tertuduh sudah insaf dengan kesalahan yang mereka lakukan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syairah Aqilah Khalil.

Tertuduh membayar denda. – BERNAMA









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.060069 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list