CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 367|Reply: 0

[Johor] Lelaki sesat di Gunung Pulai ditemukan selamat

[Copy link]
Post time 20-12-2022 12:52 PM | Show all posts |Read mode

Lelaki (baju hujan biru) yang dilaporkan hilang selepas sesat ketika mendaki Gunung Pulai seorang diri, kelmarin ditemui selamat, tengah malam tadi. FOTO IHSAN JABATAN PERHUTANAN

Johor Bahru: Lelaki dilaporkan hilang selepas sesat ketika mendaki seorang diri Gunung Pulai dekat sini, kelmarin ditemukan selamat, tengah malam tadi.

Komander Operasi Mohd Khairi Zainudin berkata, Lee Chin Chai, 56, ditemukan dalam keadaan letih kira-kira dua kilometer dari lokasi terakhir mangsa dipercayai hilang.

"Mangsa yang hilang sudah dijumpai pada 12.30 tengah malam tadi dalam keadaan selamat, tetapi keletihan.


"Sebelum ditemukan, mangsa menyahut panggilan pasukan menyelamat dan ketika itu kedudukan mangsa adalah di dalam belukar dan bukan trek pendakian.

"Selepas mendengar suara mangsa, pasukan menyelamat 'membuka' laluan ke arah mangsa dan seterusnya menyelamatkannya.

"Mangsa keletihan, tetapi selepas diberikan sedikit makanan, lelaki itu kembali cergas dan boleh berjalan sendiri," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dibawa ke hospital berhampiran dengan ambulans.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dimulakan malam kelmarin ditamatkan jam 3.30 pagi tadi.

Ia membabitkan pelbagai agensi termasuk polis, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai dan malim gunung.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-ditemukan-selamat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.159400 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list