|
Coman, Tchouameni menjadi mangsa penderaan perkauman. -FOTO BBC
Paris: Penyerang Perancis, Kingsley Coman, pemain tengah, Aurelien Tchouameni dan Randal Kolo-Muani menjadi sasaran perkauman selepas gagal dalam sepakan penalti pada perlawanan akhir Piala Dunia menentang Argentina.
Penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez menyelamatkan percubaan Coman dan sepakan kencang Tchouameni yang menyaksikan Argentina merangkul gelaran dunia pertama mereka sejak 1986 dan ketiga secara keseluruhan.
Kelab Coman, Bayern Munich menghantar mesej sokongan untuk pemain berusia 26 tahun itu dan mengecam mereka yang membuat komen perkauman terhadapnya.
"Keluarga FC Bayern berada di belakang anda, King. Perkauman tidak mempunyai tempat dalam sukan atau masyarakat kita," kata mereka di Twitter.
Terdahulu serangan perkauman turut pernah dialami pemain England, Marcus Rashford, Jadon Sancho dan Bukayo Saka selepas kekalahan final Euro 2020 menentang Itali tahun lalu.
Ketiga-tiga pemain terlepas sepakan penalti dalam penentuan sepakan itu dan menjadi sasaran media sosial selepas perlawanan itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -serangan-perkauman |
|