View: 1563|Reply: 4
|
Mantul! Jurumekap Berjaya Tiru Wajah Ustazah, Kalau Mata Dikenyit-Kenyit Lagi Real!
[Copy link]
|
|
Sebut saja ‘Ustazah Viral’ pasti rakyat Malaysia sudah boleh membayangkan wajahnya.
Disebabkan pendapatnya yang tidak dapat diterima baik kebanyakan pihak, ramai tampil membuat parodi dengan menggunakan perwatakannya di TikTok.
TikTok
Baru-baru ini, seorang jurumekap berkongsi menerusi TikToknya, @athilla_d_hun dengan menyerupai wajah ustazah tersebut, sekali gus menghiburkan orang ramai.
Menerusi video yang dikongsi, terlihat wajahnya didandan menyerupai wajah ustazah tersebut, malah dia sempat membuat parodi sambil mengejek wanita berkenaan dengan minum susu di hujung video itu.
Ia berikutan dakwaannya yang berpendapat minum susu boleh membuat mata menjadi rabun.
Rata-rata netizen terhibur dengan penampilan jurumekap berkenaan yang tampil 'sebiji' dengan ustazah itu.
Ada juga yang menyakatnya dengan mengatakan mereka berdua sebenarnya adik-beradik.
Sumber: Murai
|
|
|
|
|
|
|
|
Gelak, gelak gak..jangan sampai kena saman udah. Nijam sesket men saman. |
|
|
|
|
|
|
|
haaa tunggu dia saman satu2 |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha laki bini tu dh mcm gila isim.. Terpaling islam. Org tgk depa sbb nk gelak je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada dia tunjuk gambar sebelum mekap atau video mekap tak? Suka tgk org pandai lukis muka jadi muka celebrities. Kita usleb ni yg first time dengar ni. Takde lagi org lukis muka jadi muka Ustazah AH, contohnya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|