CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 330|Reply: 0

[Johor] Sudah sebulan yatim piatu, Aulia masih anggap ibu ayah pergi 'work'

[Copy link]
Post time 19-12-2022 03:18 PM | Show all posts |Read mode

MOHAMED Khaled menziarahi Aulia Izzatunnisa. FOTO Omar Ahmad

Kota Tinggi: Aulia Izzatunnisa Mohd Izwan, 3, masih menganggap ibu bapanya pergi kerja, biarpun sudah 'kehilangan' mereka sejak sebulan lalu.

Aulia adalah anak kepada pasangan Allahyarhamah Saidatul Khadijah Mohd Shahridin dan Allahyarham Muhammad Izwan Mansor yang maut dalam nahas di Kilometer 46 Jalan Johor Bahru - Mersing selepas pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bulan lalu.

Ibu Allahyarham Saidatul Khadijah, Absah Abdullah, 61, berkata, cucunya yang kini tinggal bersamanya di Felda Lok Heng Selatan di sini, masih menganggap ketiadaan kedua ibu bapanya di rumah kerana keluar bekerja.


Katanya, Aulia masih belum memahami pemergian kedua ibu bapanya.

"Ibu bapa Aulia memang jarang bertemu kerana arwah menantu sedang mengikuti Pengajian Jarak Jauh (PJJ) di peringkat Ijazah Sarjana dan hanya dapat bersama ketika cuti panjang.

"Kami sudah menjelaskan kepadanya namun mungkin masih kecil, Aulia tidak faham sepenuhnya apa yang berlaku.

"Dia hanya sebut ibu dan ayah 'work' saja. Apabila melihat sepupu yang lain bermanja dengan ibu bapa masing-masing, kami dapat melihat kesayuan di balik wajah Aulia.

"Walaupun reaksinya sekejap tetapi kami memahaminya. Kami anggap dia seperti amanah yang perlu dibesarkan dengan penuh kasih sayang," katanya semasa lawatan dan sumbangan Menteri Pendidikan Tinggi merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di kediamannya di Felda Lok Heng di sini, baru-baru ini.

Menurut Absah, kemalangan maut itu menyebabkan kaki kanan cucunya retak serta perlu disimen.

Namun, katanya keadaan Aulia semakin baik.

"Allah lindungi Aulia kerana ketika kejadian dia berada di pangkuan ibunya. Dia dirawat selama tiga hari di hospital sebelum dibenarkan balik.

"Awalnya memang dia tidak boleh berjalan sendiri kerana kakinya yang bersimen dan perlu dibantu. Tambahan pula doktor memang sarankan kakinya disimen meskipun tidak alami patah agar membantu proses penyembuhan.

"Kini keadaannya semakin baik dan sudah boleh berjalan sendiri. Simen di kakinya juga akan dibuka tidak lama lagi," katanya.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ibu-ayah-pergi-work
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.041199 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list