View: 362|Reply: 0
|
[Johor]
'Budak gemuk BN' sudah tiada
[Copy link]
|
|

MOHD Norfirdaus menghembus nafas terakhir hari ini selepas terbabit kemalangan lebih sebulan lalu. FOTO Ihsan keluarga.
Johor Bahru: Lelaki orang kurang upaya (OKU) fizikal yang menarik perhatian media dengan menggelar dirinya sebagai budak gemok BN ketika membantu berkempen sepanjang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) menghembuskan nafas terakhir malam ini.
Mohd Norfirdaus Che Aman, 33, yang gigih membantu calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Pasir Gudang untuk kempen pilihan raya sejak 14 tahun lalu meninggal dunia pada 8.43 malam hari ini, selepas bertarung nyawa lebih sebulan akibat terbabit kemalangan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permas, Baharudin Mohamed Taib menerusi akaun facebook (fb) menyatakan takziah kepada keluarga Mohd Norfirdaus.
Beliau berkata, mendapat perkhabaran duka bahawa Mohd Norfirdaus atau lebih dikenali sebagai Bob, pulang kepada pencipta di Hospital Sultan Ismail (HSI).
"Arwah adalah seorang yang amat dikenali kerana suaranya yang lantang dan sentiasa bersemangat di dalam perjuangan.
"Tidak kurang juga dengan semangatnya yang sentiasa sudi membantu sesiapa sahaja dan di dalam apa jua pertolongan yang diminta.
"Saya teramat-amat berdukacita dengan berita ini dan terasa dengan kehilangannya," katanya.
Mohd Norfirdaus yang memiliki berat badan kira-kira 200 kilogram sebelum ini berkongsi pengalaman berkempen dengan menyatakan menghayati setiap detik ketika berkempen untuk BN terutama ketika bertemu dengan pelbagai lapisan pengundi.
Arwah menyatakan sepanjang berkempen dia akan menjalankan kerja mengesahkan risalah, memasang bendera serta mengiringi calon bertanding.
Dia hanya menggunakan kekuatan pada tangan kanan kerana tangan kiri tidak berfungsi secara normal.
Bagaimanapun dia tidak pernah diketepikan oleh rakan ketika berkempen sebaliknya kehadirannya dialu-alukan kerana dia gemarmenghiburkan rakan yang kepenatan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... emuk-bn-sudah-tiada |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|