View: 1296|Reply: 12
|
Muka Dah 'Keras'- Sharnaaz Reject Job Jadi Hero Romantik, Suruh Bagi Kepada Pelakon BBNU
[Copy link]
|
|
Sharnaaz Ahmad sudah kurang berminat memegang watak hero bagi drama genre romantik kerana merasakan ia sudah tidak bersesuaian.
Disebabkan itu, Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 37, berkata, dia tidak kisah sekiranya peranan itu diberikan kepada wajah-wajah baharu dalam industri lakonan.
Foto: IG
"Saya masih lagi mendapat tawaran drama cinta tetapi sekarang rasa dah kurang minat. Bukan kata tak mahu terima langsung tapi bergantung kepada tawaran diberi.
"Kalau jalan ceritanya berat saya ambil, tapi kalau yang ringan dan hanya kisah cinta semata, berilah kepada pelakon BBNU," katanya kepada mStar.
Shaarnaz berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media The Masked Singer Malaysia (TMSMY) musim ketiga yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam pada itu, Sharnaaz tidak menafikan penonton kini lebih suka menonton wajah-wajah baharu yang masih segar.
Sebagai pelakon, dia menerima kenyataan itu dan tidak berkecil sekiranya pelakon BBNU semakin mendapat perhatian ramai.
"enonton sekarang lebih suka melihat pelakon yang muka 'lembut' lagi. Saya ni dah 'keras'. Kita perlu terima dan jangan berkecil hati apabila pelakon BBNU mula mendapat perhatian daripada stesen televisyen.
"Namun, bagi saya apa paling penting mereka perlulah berbakat dan bukanlah sekadar ingin berlakon," ujarnya.
Sementara itu, pelakon Bukan Kerana Aku Tak Cinta ini turut mengakui memilih pasangan berlakon bagi memudahkannya beraksi di hadapan kamera.
Menurut Sharnaaz, dia pernah bergandingan bersama seorang pelakon yang tidak boleh berlakon dan ia memberikan kesukaran buatnya ketika berada di set penggambaran.
"Saya memilih juga untuk berlakon dengan siapa. Yang penting dia boleh berlakon. Saya pernah dapat pelakon yang tak boleh berlakon. Payah nak cakaplah.
"Kita bukan nak kata dia tu tak bagus. Mungkin belum bagus lagi kerana kurang praktis dan masih baharu. Jadi, kita tak boleh nak salahkan mereka juga," katanya.
Bagaimanapun, Sharnaaz berpendapat seorang pelakon yang sudah lama berada di dalam industri tidak sepatutnya digandingkan bersama pelakon baharu.
Jika mahu memberikan tawaran kepada pelakon baharu, pilih pasangan yang sama level dengan mereka supaya sama-sama dapat membantu untuk jadi lebih baik. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Lol.. orang pun geli tgk kau berlakon cerita cinta. Berlakon jafi taliban okay lah kot |
|
|
|
|
|
|
|
penerbit pun, heols mana relevan berlakon watak cenggitu. |
|
|
|
|
|
|
|
akuHavocczz: Lol.. orang pun geli tgk kau b ... nasib baik dia pon sedor diri kahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Jebat pelat betul bila bercakap, kadang butir perkataan x faham. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah boleh pegang watak abah² kepada bell.. |
|
|
|
|
|
|
|
Wlupon dia berjambang tapi skin dia bersih.. tapi tu lah agak poyo |
|
|
|
|
|
|
|
Dh mcm Zayn Malik skrg ni, serabai manjang. |
|
|
|
|
|
|
|
macamla hebat sangat dia ni. jadi hero pun cakap macam gangster. dgn jambang lebat gitu...order karpet kang, baru tahu |
|
|
|
|
|
|
|
padahal o mmg tak laku kan |
|
|
|
|
|
|
|
Buang janggut tu baru tak serabai |
|
|
|
|
|
|
|
penerbit mana tu yang tergamak hati perut nak ambik si sabut kelapa kepam tua gayut ni jadi hero?
mujur nek aida dah jadi ex dalam finas.. kalau tidak nak je suruh nek aida pecat penerbit tu dan gam terus dari muka bumi ni...
tak up to date dengan zaman ke????
ni mesti penerbit dah tua2 gayut bau badan dah bau2 tanah kubo tapi tak nak letak jawatan... masih taste ketinggalan suka pelakon2 kepam sebagai hero... sekarang ni orang nak yang herlokkk je dikkk... lakonan tu tolak tepi...
sekarang ni kayu kayan tapi herlok pun berderet je tengok contohnya k-drama, thai drama, certain2 siri netflix lagi2 winx saga tuh...
tergamak nak biar penonton membayangkan si heroin kena kopek2 sabut kelapa tua kat muka si hero (nanas) ni untuk cari mulut dia nak comolot... choiii! baik pegi kopek kelapa dan perah santan je terus.. kurang2 boleh buat nasi lemak.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|