View: 1387|Reply: 17
|
Lubang Sana Sini, Rakyat Cadang Menteri Kerja Raya Pula Menyamar Untuk Tinjau Jalan Raya Di Malaysia
[Copy link]
|
|
SAUDARA PENGARANG,
Dengan pelantikan barisan menteri dan timbalan menteri baru-baru ini, maka lengkap sudah barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan.
Di sini saya ingin mengesyorkan kepada Menteri Kerja Raya agar melakukan penyamaran dengan memandu sendiri kenderaan di atas jalan-jalan raya negeri, persekutuan dan lebuh raya dari semasa ke semasa tanpa diiringi sesiapa pun. Jangan pandu kereta mewah atau trak pikap.
Sebaliknya pandulah kereta biasa dan motosikal kapcai untuk merasai ‘kenikmatan’ dan ‘keselesaan’ ‘jalan raya di Malaysia.
Gambar Hiasan
Agak sukar untuk kita menemui laluan sepanjang satu kilometer yang betul-betul sempurna pembinaannya dari segi kesamarataannya, kecerunannya dan selekohnya. Apa yang kerap kita jumpa adalah berbonggol dan berlopak.
Pembinaan jalan raya kebiasaannya berpandukan kaedah dipelopori John Loudon McAdam, lebih dikenali sebagai jalan raya Macadam.
Bagaimanapun, terdapat pembinaan jalan raya yang tidak mengikut konsep itu tetapi lebih kepada jalan Mak Andam, lebih mementingkan kosmetik, aksesori dan hiasan.
Intipan bukan hanya dilakukan waktu siang sebaliknya malam bagi melihat lampu jalan berkelip-kelip, malah ada yang malap dan tidak menyala langsung.
Apabila berlaku kemalangan jalan raya, kesalahan akan ditujukan terus kepada pemandu. Mereka dikehendaki menjalani ujian alkohol dan dadah. Jarang pihak berkuasa mempertimbangkan faktor jalan sebagai penyebab kemalangan.
Saya pernah terlanggar satu objek tajam di tengah-tengah jalan raya menyebabkan tayar hadapan kereta pecah dan nasib baik saya tidak dilanggar kenderaan dari belakang.
Berikutan situasi itu, adakah saya akan dipersalahkan kerana dianggap memandu secara cuai?
Tugas siapakah membuang objek berbahaya di atas jalan raya?
Satu perkara lagi yang perlu beri perhatian ialah fenomena korek dan kambus. Kami rakyat Malaysia membayar cukai jalan setiap tahun untuk menggunakan kenderaan di atas jalan raya yang selesa, berkualiti dan selamat.
Sekiranya jalan yang kami gunakan untuk berulang-alik ke tempat kerja tidak menepati penarafan, rosak, berlubang adakah kami masih perlu membayar cukai jalan atau pun nilai cukai jalan kami dapat dikurangkan?
Apa yang saya harapkan penambahbaikan pada perancangan dan pelaksanaan dan pengurangan birokrasi terutamanya pada perkara-perkara yang melibatkan jalan raya.
Marissa QT
Kuala Kumpur.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
naik keta aje pon xyah menyamar sgt lah
naik keta tinted mana tau kau sapa. |
|
|
|
|
|
|
|
sampai nak kena menyamar, nak menunjukkan betapa tak buat kerjanya orang bawahan sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Menyamar smbil dok dlm lubang... |
|
|
|
|
|
|
|
Org bawah (gomen PBT) byk mengulor.. hujung2 meroyan bonus sikit ekekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
diorg tu provok..sejak belakang ni kan rajin menyamar kt lrt
apa nk kena nyamar2...terus attack and action yg terlibat. semua gila perhatian
|
|
|
|
|
|
|
|
Pokok2 kat tepi jalan tu siapa yang tanam ek....sebab aku tengok banyak betul daun gugur and bersepah2. Bila masuk longkang dah tersumbat pulak saluran air...time Hujan banjir lah pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
menyamar pakai baju pg bulan sbb jalan mcm di bulan... |
|
|
|
|
|
|
|
tara payah nyamar.
sekitar radius 2km pejabat JKR/menara PBT, jelas dah berdekad berlubang tompok jalan.
tu lah standard nya.
baik sarankan, ketua jabatan saman menyaman, pindah ke jabatan jalan lubang/rosak.. bab bagi dan kutip saman sangat cekap efficient professional. |
|
|
|
|
|
|
|
Menteri kerja raya dr borneo kan? Harap2 dia jenguk gak jalan raya sini
Takkan nak harapkan lando je mamat tu bkn ada kuasa buat keje sukarela je |
|
|
|
|
|
|
|
kalau maintainence tu under konsesi kan? company swasta yg gomen da bayar tp buat keje cincai? kemonnnn jgn malukan comoany swastaaa
kalau bukan jalan federal lagi teruk rasanya
pasal korek dan kambus tu aku salu npk kontraktor utiliti buat keje xsemenggah. keje xikut spec cpt je tar tu terkopek balik. mmg lagi menjahanamkan jalan sedia ada |
|
|
|
|
|
|
|
Kt kawasan aku nih contractors suma bijak pandai. Asal turap jln/katup lobang tggu hari tgh ujan. Tadak 2-3hr dh belobang blk. Then ulang smula turap time ujan. Waktu hr ada matahari / mlm yg xhujan xmau wat keja pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
sampai la kau susah nak dapat manhole yg sama paras dengan jalanraya.
mesti terbonjol atau tenggelam dari jalan.
benda simple mcm ni pon masih bodoh ya amat ka malaysia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu KJ tergolek dog baru repair 24 jam kot? |
|
|
|
|
|
|
|
pendek kata orng gomen sume taguna. tau bgaya je kat pejabat puih |
|
|
|
|
|
|
|
isu jalan rosak ni tak pernahnya berkesudahan... hari hujan ke, hari panas ke... sama aje.
Jalan takde garisan, jalan berlubang, jalan takde lampu...
iols dah berkajang2 tulis surat pada majlis bandaraya tetap jua hauk, projek jalan tak siap dah bertahun. tak tahu la... depa makan rasuah ke, atau kerajaan takde duit nak baiki dan maintain jalan ke |
|
|
|
|
|
|
|
meh la amek jalan kat rumah I. lebih 2 tahun lubang sana sini diorang letak batu2 je dalam tu, cumanya sebulan sblm pru diturap sekali. seminggu slps pru diturap lagi sekali. tetibe gayat jalan jadi tinggi banding tanah tepi jalan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|