CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 406|Reply: 0

[Sabah] Lelaki lemas dalam aktiviti riadah

[Copy link]
Post time 18-12-2022 04:50 PM | Show all posts |Read mode


DITEMUKAN: Mangsa lemas setelah dibawa arus dan ombak yang kuat.
KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditemukan lemas di persisir pantai Kampung Tempurung Kuala Penyu dalam satu aktiviti riadah.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.36 petang pada Sabtu mengenai kejadian terbabit.

"Bilik kawalan BBP Kuala Penyu menerima laporan terdapat mangsa dikhuatiri lemas di persisir pantai Kg. Tempurong Kuala Penyu.

"Menurut maklumat dari pemanggil terdapat tiga orang mangsa lelaki melakukan aktiviti riadah (mandi-manda) di persisir pantai berkenaan.

"Dua orang mangsa dapat diselamatkan oleh penduduk kampung yang berada dilokasi,  manakala seorang mangsa telah tenggelam dibawa arus dan ombak," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, mangsa lemas berusia 17 tahun berjaya ditemukan pada 6.15 pagi tadi anggaran jarak 50 meter daripada persisiran pantai.

Menurutnya, mangsa telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 8:05 pagi.

Katanya, dua lagi mangsa yang berjaya diselamatkan masing-masing berumur 15 dan 17 tahun mendapat rawatan di Hospital Kuala Penyu.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.058569 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list