CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 400|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak pinda perjanjian, dibenar guna BM dan BI sebagai bahasa rasmi

[Copy link]
Post time 18-12-2022 04:49 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari ketika berucap pada perasmian Majlis Malam Gala SDGA Ke-21 di Hotel Pullman, malam Jumaat. - Gambar UKAS
KUCHING: Usaha kerajaan Sarawak meminda persetujuan Kerajaan Perpaduan Malaysia untuk membenarkan penggunaan kedua-dua Bahasa Malaysia (BM) dan Bahasa Inggeris (BI) sebagai bahasa rasmi telah dipersetujui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perjanjian awal dengan kerajaan persekutuan itu hanya menggariskan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan BM sebagai bahasa rasmi.

Menurutnya, perkara berkaitan bahasa itu dipinda ketika memeterai perjanjian persefahaman kerajaan persekutuan di Perdana Putra, Putrajaya pada Jumaat.

"Tetapi kemudiannya perjanjian itu dipinda dengan memasukkan juga Perkara 161 dalam perlembagaan yang membenarkan Sarawak menggunakan BM dan BI sebagai bahasa rasmi.

"Saya memindanya dengan memberitahu (bahawa) bukan sahaja Perkara 152, malah Perkara 161 Perlembagaan Persekutuan membenarkan Sarawak menggunakan kedua-dua bahasa tersebut sebagai bahasa rasmi.

"Perkara itu juga mesti dimasukkan dalam perjanjian dan ia telah dipersetujui oleh Perdana Menteri," ujarnya ketika merasmikan Majlis Malam Gala Persatuan Graduan Dayak Sarawak (SDGA) Ke-21 di Hotel Pullman di sini, malam Jumaat.

Sehubungan itu, Abang Johari berkata, Sarawak teguh dalam mempertahankan haknya seperti yang termaktub di bawah Perkara 161 Perlembagaan Persekutuan iaitu untuk menggunakan kedua-dua bahasa terbabit sebagai bahasa rasmi.

Katanya, usaha dalam menentukan hak Sarawak perlu dilaksanakan dengan tegas.

"Usaha ini perlu dilaksanakan bagi memastikan hak Sarawak dapat dipertahankan dan dikembalikan," katanya lagi.

Sehingga ke hari ini, Sarawak tidak pernah meluluskan sebarang ordinan atau enakmen bagi mengehad atau memansuhkan penggunaan BI sebagai bahasa rasmi sebagaimana yang dinyatakan dalam Artikel 161(3) Perlembagaan Persekutuan, Jawatankuasa Antara Kerajaan (ICG) dan Laporan Suruhanjaya Cobbold.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.056195 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list