CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 430|Reply: 0

[Sarawak] Abang Johari gesa penjawat awam terap budaya inovasi, bergerak pantas

[Copy link]
Post time 18-12-2022 04:43 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari merakamkan gambar kenangan majlis penutupan High Performance Team Retreat 2022 di Langkawi pada Sabtu. - Gambar UKAS

KUCHING: Perkhidmatan Awam Sarawak perlu menerapkan budaya inovasi dan bergerak pantas seiring dengan ledakan teknologi yang berubah dengan cepat dalam dunia hari ini.

Demikian kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa berucap pada majlis penutupan High Performance Team Retreat 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi pada Sabtu.

Abang Johari dalam laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), berkata penyelidikan amat penting untuk menjadikan Sarawak negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.

“Sebab itu kita laksanakan ekonomi digital dan adakan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) kerana kita tahu bahawa perubahan dunia adalah bergantung kepada teknologi yang kini berkembang dengan cepat.

“Keduanya ekonomi baru yang berteraskan kepada cara-cara digital dan ketiga ekonomi baharu yang berteraskan kepada (menangani) masalah dihadapi dunia hari ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap penjawat awam ambil tahu setiap inisiatif yang kerajaan Sarawak laksanakan terutama Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 bagi memudahkan penyampaian kepada orang ramai.

“Semua penjawat awam negeri perlu faham dan mempunyai komitmen bersama untuk mencapai apa yang telah digariskan dalam PCDS iaitu mengangkat Sarawak menjadi negeri membangun di Malaysia dengan berpendapatan tinggi,” jelasnya.

Dari segi teknologi, Abang Johari berkata, Sarawak boleh berbangga kerana menjadi negeri paling terkehadapan berbanding kerajaan pusat dalam pembangunan tenaga baharu seperti hidrogen dan penyimpanan karbon.

Beliau menjangkakan pendapatan Sarawak akan meningkat kepada RM11 bilion pada 2025 sebaik sumber tenaga baharu itu dapat dieksport kelak.

“Ini semua cara baru untuk menambah pendapatan. Apabila kita dapat menjana pendapatan, baru pelaburan datang.

“Apabila kita dah ada pendapatan, kita dapat memodenkan ekonomi kita. Kita dapat menubuhkan Dana Kekayaan Berdaulat dan hanya Sarawak sahaja yang ada.
“Kita perlu menyimpan pendapatan kerana kita perlukan ‘liquidity’. Simpanan mesti ada,” katanya.

Bagi meningkatkan kemahiran penjawat awam pula, beliau berkata peruntukan akan disediakan bagi membolehkan pegawai di peringkat pengurusan pertengahan melanjutkan pengajian untuk meningkatkan kemahiran hingga ke luar negara.

“Kalau mereka hendak meningkatkan kemahiran ke tahap PhD, kalau ada institusi yang boleh menerima mereka, kita buat termasuk Harvard, MIT, Oxford, Standford, Silicon Valley. Kita mesti memberi pendedahan kepada penjawat awam.

“Saya akan menyediakan peruntukan kepada penjawat awam untuk melanjutkan pelajaran,” ujar Abang Johari.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.065134 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list