CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 336|Reply: 0

[Sarawak] Diskaun saman 50% sempena Hari Bersama Pelanggan IPD Bau

[Copy link]
Post time 18-12-2022 04:40 PM | Show all posts |Read mode


DIJEMPUT HADIR: Diskaun 50 peratus saman trafik IPD Bau sempena Hari Bersama Pelanggan IPD Bau 2022.
KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau menawarkan pembayaran diskaun saman trafik sehingga 50 peratus sempena Hari Bersama Pelanggan IPD Bau, tahun ini.

Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon berkata, tawaran itu dibuka selama dua hari iaitu pada 20 dan 21 Disember.

"Kaunter akan dibuka bermula jam 8 pagi hingga 3 petang.

"Lokasi pembayaran ialah di kaunter saman Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Bau," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Poge menambah, tawaran diskaun 50 peratus itu tidak melibatkan semua jenis saman.

"Tawaran 50 peratus tidak termasuk saman lampu isyarat merah, saman kemalangan (semasa), saman menggunakan lorong kecemasan serta saman ubah suai ekzos.

"Selain itu, turut tidak tersenarai untuk diskaun tersebut ialah saman memotong di garisan berkembar, saman memotong secara berbahaya, saman non compound (N/C), saman bicara mahkamah (bertanda -'m') dan sama melibatkan m/lori (bertanda -'^')," jelasnya.

Orang ramai dijemput untuk melakukan semakan di kaunter di tempat yang telah disediakan.

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian IPD Bau 082-763311 sambungan 216.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.199642 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list