|
Kerja-kerja pembersihan jalan di Kilometer 393 Lebuhraya Pantai Timur 2 sedang dilakukan berikutan limpahan air dari cerun bukit berhampiran. FOTO IHSAN PDRM
Kuala Berang: Limpahan air dari cerun bukit di Kilometer 393 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) arah Ajil ke Kuantan, yang berlaku kira-kira jam 11 pagi ini masih terkawal dan laluan masih boleh dilalui seperti biasa.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Hasmerra Hassan berkata, kejadian kira-kira jam 11 pagi itu dipercayai berpunca limpahan air dari cerun bukit berhampiran lokasi kejadian.
Menurutnya, setakat ini tiada penutupan jalan dan laluan masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.
"Tiada kemalangan atau lain-lain insiden yang berlaku dan dimaklumkan limpahan air di lokasi berkenaan sudah surut sepenuhnya kira-kira jam 12.30 tengah hari, hari ini.
"Buat masa ini laluan lebuhraya berkenaan masih boleh dilalui di kedua-dua arah, manakala pihak berwajib sedang melakukan siasatan di lokasi," katanya.
Menurutnya, sekiranya berlarutan dan kejadian semakin buruk, lencongan sementara akan diaktifkan bagi kerja-kerja pembersihan jalan selain penambahbaikan saliran air sementara dijalankan.
Katanya, pihaknya menasihati pengguna jalan raya di daerah ini supaya lebih berhati-hati berikutan cuaca tidak menentu selain mematuhi arahan lalu lintas bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... masih-boleh-dilalui |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|