CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 496|Reply: 1

[Kedah] Peserta maraton rebah di garisan penamat

[Copy link]
Post time 17-12-2022 08:18 PM | Show all posts |Read mode
Peserta maraton rebah di garisan penamat





oleh    WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR  17 Disember 2022   07:19pm






Allahyarham Nik Mohd Faiz tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri semasa menghampiri garisan penamat semasa menyertai Langkawi International Half Marathon 2022 pada pagi Sabtu. - Foto PDRM




LANGKAWI - Seorang pensyarah kanan Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar di Universiti Putra Malaysia (UPM) meninggal dunia semasa menyertai Langkawi International Half Marathon 2022 pada pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, peserta tersebut, Dr Nik Mohd Faiz Nik Mohd Azmi, 37, tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri semasa menghampiri garisan penamat.


Ucapan takziah oleh Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM)





Menurutnya, polis menerima panggilan telefon daripada doktor bertugas di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Maliha memaklumkan bahawa seorang lelaki telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital pada jam 10.30 pagi.

"Petugas perubatan dan anggota Angkatan Pertahanan Awam telah memberikan bantuan awal dan CPR sebelum mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Shariman berkata, pemangku Ketua Polis Balai Padang Mat Sirat telah memaklumkan perkara tersebut kepada isteri mangsa.

"Ujian Covid-19 yang dibuat adalah negatif dan mayat akan dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk post mortem.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," kata beliau.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2022 08:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.050411 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list