CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 281|Reply: 0

[Pulau Pinang] Masjid Jamek Shaik Eusoff Dhoby Ghaut pertama miliki Perpustakaan Digital

[Copy link]
Post time 17-12-2022 04:43 PM | Show all posts |Read mode
Masjid Jamek Shaik Eusoff Dhoby Ghaut pertama miliki Perpustakaan Digital



Disember 17, 2022 @ 4:01pm



Masjid Jamek Shaik Eusoff Dhoby Ghaut, di Pulau Pinang menjadi masjid yang pertama di Malaysia mempunyai ruang khas Perpustakaan Digital (E-Library) untuk jemaah dan pelajar.



GEORGETOWN: Masjid Jamek Shaik Eusoff Dhoby Ghaut, di sini, menjadi masjid yang pertama di Malaysia mempunyai ruang khas Perpustakaan Digital (E-Library) untuk jemaah dan pelajar di sekitar Pulau Pinang mendapatkan maklumat dan bahan-bahan digital.

Ia disediakan Yayasan Bank Rakyat (YBR) menerusi inisiatif Serambi Ilmu Rakyat (SIR) yang prihatin dalam meningkatkan taraf pendidikan tanpa sempadan.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani, berkata yayasan bersetuju untuk menyediakan SIR Corner di Masjid Jamek Shaik Eusoff Dhoby Ghaut bagi menggalakkan pembacaan dalam platfom digital serta membudayakan amalan membaca dikalangan rakyat terutamanya para jemaah masjid dan juga penduduk setempat.

Menyempurnakan Majlis Perasmian E-Library Raudhatul Ulum itu hari ini, beliau memaklumkan inisiatif ini merupakan inisiatif pertama yang dilaksanakan di dalam masjid di mana sebelum ini YBR memfokuskan kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Upacara gimik penyerahan 'SIR Corner' kepada Pengerusi Masjid Masjid Jamek Shaik Eusoff Dhoby Ghaut, Yusof Yaacob disaksikan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.



Majlis Perasmian E-Library Raudhatul Ulum.
Turut hadir Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Timur Laut, Dr Mohd Siroj Abdul Latiff, Ketua Bahagian Operasi YBR, Mohd Mukhti Abd Rahman dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

"SIR Corner' merupakan projek baru tahun ini (2022) yang bertujuan menyediakan satu ruang yang dilengkapi dengan set komputer, meja dan 50 keahlian E-Library, bagi memudahkan perkongsian maklumat melalui koleksi bahan-bahan bacaan digital SIR yang bersesuaian dengan komuniti setempat.

"Kami juga berharap sekurang-kurangnya komuniti yang hadir ke masjid menunaikan ibadah, dapat menggunakan peluang ini sebagai salah satu platform mencari bahan-bahan digital dan informasi terkini ketika di masjid semasa menunggu waktu solat," kata Syaiful Rizal.

Pasa masa sama, Program Kem Remaja Mumtaz dengan kerjasama Masjid Jamek Shaik Eusoff Dhoby Ghaut turut diadakan yang disertai oleh 80 pelajar muslim dalam kariah Masjid Jamek Shaik Eusoff Dhoby Ghaut yang terdiri dari pelajar keluarga B40.

Program membabitkan pelajar berumur tujuh hingga 17 tahun berlangsung tiga hari, bertujuan bagi meningkatkan lagi daya kefahaman agama dalam kehidupan seharian serta meningkatkan pengetahuan fungsi kanak-kanak dan remaja di dalam komuniti.

Syaiful Rizal berkata, selain misi membantu mereka yang kurang berkemampuan terutama masyarakat luar bandar, pedalaman dan miskin bandar, Program Kem Remaja turut memberi peluang kepada komuniti masjid ini untuk menjadikan masjid sebagai sebuah hab pendidikan selain ruang untuk beribadah.

Justeru, inisiatif seperti ini diharapkan dapat memberi momentum dalam melahirkan masyarakat yang berpendidikan yang menjadi asas kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara untuk jangka masa yang panjang, katanya.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.158314 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list