CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 277|Reply: 0

[Kedah] Saravanan teruja dapat berkhatan, sakit sikit sahaja

[Copy link]
Post time 17-12-2022 01:25 PM | Show all posts |Read mode

K Saravanan, 25, yang selesai berkhatan dikunjungi Ketua BBP Yan Penolong Penguasa Bomba Noorhamidi Ali (dua dari kiri) bersama rakan-rakannya di BBP Yan. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI

Yan: "Rasa sakit itu sikit saja tapi seronok dapat bersama berkhatan dengan kanak-kanak Melayu, malah rakan seperjuangan turut memberi sokongan," kata K Saravanan, 25.

Saravanan adalah Pegawai Bomba Bantuan (PBB) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan yang dikhatankan bersama 38 kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun di BBP Yan di sini.

Katanya, dia yang baru tujuh bulan bertugas menawarkan diri untuk berkhatan selepas dimaklumkan program hari ini dilakukan secara percuma anjuran BBP Yan dengan kerjasama Hospital Yan.


"Saya memang nak berkhatan untuk kebersihan diri daripada kuman sebab itu saya tawarkan diri (berkhatan) walaupun saya seorang saja berketurunan India.

"Mula-mula berdebar jugalah tapi lepas selamat dikhatankan, perasaan takut hilang," katanya ketika ditemui, hari ini.

Saravanan berkata, adik lelakinya, Dorai Rash, 23, pula dikhatankan sejak lahir malah ibu bapa mereka banyak memberi sokongan.

Katanya, dia yang menetap di Tongkang Yard, Alor Setar akan tinggal di penginapan BBP Yan sehingga luka sembuh.

Sementara itu, Ketua BBP Yan Noorhamidi Ali berkata, Majlis Berkhatan dan Kesyukuran BBP Yan bersama Komuniti Yan itu mendapat sumbangan daripada Jabatan Sukarelawan Malaysia, Petronas Gas, Bomba Komuniti, Ahli Parlimen Jerai, Bank Rakyat dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -sakit-sikit-sahaja

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.056763 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list