CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 423|Reply: 0

[Jenayah] Bakal Kluster Mahkamah : 8 agensi kerajaan dan 9 syarikay diserbu SPRM. Muhyidin bakal terima undangan

[Copy link]
Post time 16-12-2022 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu lapan agensi kerajaan dan sembilan syarikat hari ini dalam siasatan ke atas dakwaan penyelewengan RM92.5 bilion oleh kerajaan terdahulu pimpinan Perikatan Nasional.

Sumber berkata, lapan agensi kerajaan itu menerima “peruntukan besar” daripada pakej rangsangan yang diluluskan kerajaan pada 2020 dan 2021.

Sumber itu berkata, susulan serbuan di lapan agensi kerajaan berkenaan, SPRM turut menyerbu sembilan syarikat “untuk mendapatkan dokumen tertentu”. Sembilan syarikat itu dipercayai “pembekal utama” lapan agensi terbabit.

Menurut sumber berkenaan, masih terlalu awal untuk mendedahkan butiran lanjut dan siasatan masih “di peringkat pertama”.

“SPRM memerlukan lebih masa untuk menyemak kes itu secara menyeluruh dan mengesan sebarang rasuah, salah guna kuasa atau penyelewengan,” kata sumber itu.

SPRM sebelum ini berkata, siasatannya terhadap dakwaan salah guna dana pakej rangsangan ekonomi ketika Covid-19 akan tertumpu RM92.5 bilion yang dibelanjakan kerajaan terdahulu.

Agensi anti-rasuah itu dalam kenyataan berkata, Kementerian Kewangan telah memperincikan butiran dana tersebut di bawah pakej rangsangan ekonomi pada 2020 dan 2021 berkaitan pengurusan Covid-19.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati jumlah peruntukan dianggarkan berjumlah RM530 bilion, dan berdasarkan jumlah itu, RM92.5 bilion melibatkan dana kerajaan, manakala RM437.5 bilion bukan daripada kerajaan.

Susulan itu, SPRM dikatakan bakal memanggil bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin dan dua bekas menteri untuk membantu siasatan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.084986 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list