CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1744|Reply: 20

Ibu Bapa Maut Dalam Nahas- Anak Sulung Menangis Dah Tahu, "Adik Tak Tahu Lagi, Nak Cepat Keluar Hospital Minta Ayah Beli Dinosaur"

[Copy link]
Post time 16-12-2022 08:40 AM | Show all posts |Read mode
LUMUT: Seorang daripada dua kanak-kanak yang terselamat dalam kemalangan maut berhampiran Jambatan Bainun dekat sini, belum mengetahui ibu dan bapanya terkorban dalam nahas pada malam Sabtu lalu itu.


Harith Hamdan berkata, anak saudaranya, Mohamad Hakimi Amsyar Mohamad Adam, 4, yang menggelarkan dirinya ‘abang’ kini sudah sedar dan boleh makan seperti biasa, tetapi belum mengetahui kematian ibu, bapa dan adik lelakinya.


“Dia belum tahu sebab dia ada cakap dengan mak saya, ‘Opah, kalau boleh, bila dah sihat, abang nak keluar (hospital), jumpa ayah suruh beli dinosaur yang besar untuk bermain’.


“Kakaknya, Nur Aisyah Umairah yang berusia enam tahun sudah tahu tiga ahli keluarganya tiada dan menangis,” katanya semalam.


Foto: Utusan Online




Nur Aisyah Umairah dan Mohamad Hakimi Amsyar adalah anak kepada pasangan Mohamad Adam Che Embi, 33, dan Nurhamizza Hamdan, 32, yang terkorban dalam kemalangan jalan raya melibatkan dua kenderaan di Jalan Kampung Koh-Segari, pada 10 Disember lalu.


Turut terkorban dalam kemalangan itu ialah anak bongsu mereka, Mohamad Aisy Hakim, 2, yang mana mereka lima sekeluarga menaiki kereta Proton Saga dalam perjalanan pulang ke rumah di Segari sebelum bertembung dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) Chevrolet Captiva.


Nur Aisyah Umairah dan Mohamad Hakimi Amsyar yang kini menjadi yatim piatu mengalami kecederaan di dada dan dahi serta menerima rawatan lanjut di Hospital Seri Manjung (HSM).


Menurut Harith, ketika ini, hanya ibunya, Ropitah Din, 53, yang dibenarkan berada dalam wad khas kanak-kanak untuk menjaga dua cucunya itu manakala orang lain tidak dibenarkan melawat termasuk dia sendiri.




Foto: Kosmo




Jelas beliau, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menelefonnya menyatakan hasrat melawat dua anak saudaranya itu tetapi pihak HSM belum membenarkannya.


“Mungkin pihak hospital mengambil sikap berjaga-jaga dan masih mahu terus memantau keadaan mereka. Cuma, yang saya tahu (selepas diberitahu Ropitah), dua beradik itu dalam keadaan stabil.


“Kami pun ada meminta untuk membawa mereka keluar (dari wad) sekejap, tetapi tidak dibenarkan dan berharap anak saudara saya itu dapat pulih sepenuhnya.


“Menurut mak saya, dua beradik itu pun sudah mulai rasa bosan duduk dalam wad sampaikan kakaknya ‘berleter’ dengan petugas yang merawatnya bertanya bila boleh keluar dari hospital,” katanya. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2022 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 08:57 AM | Show all posts
siannya adik n kakak, kakak pasni tpaksa pendam kesedihan hati nk pujuk adik ... pagi2 dh jatuh air mata
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya lahai...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 09:28 AM | Show all posts
bawa kenderaan di malaysia ni kena banyak bersabar...rakyat malaysia majoriti makan pedas, hati kurang sabar
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 09:28 AM | Show all posts
aduh kasiannya...sedih dengar..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2022 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by AJENALI at 16-12-2022 11:00 AM

Hasbunallah wa ni’mal wakil, ni’mal maula wa ni’man Nassir
Sedih baca berita macam ni pagi2… semoga seluruh keluarga anak ni allah uruskan dengan rahmat dan kasih sayang
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah......moga adik kuat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2022 09:39 AM | Show all posts
Moga yg baik2 utk anak yatim piatu ni. AAmin
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
sekelip mata jadi yatim piatu moga yg menjaga anak2 ni jaga dgn sempurna

kadang kita ni selalu tak bersyukur dgn hidup ni tapi bila baca mcm ni ermmm betapa untung hidup banding org lain
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 09:43 AM | Show all posts
Innalillahi wainna ilaihi rojiun.
Semoga anak2 ini tabah.
Sayu hati pepagi ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 09:48 AM | Show all posts
Allahu .. moga si kakak juga kuat utk teruskan hidup bersama si adik ..
moga yg meninggal ditempatkan bersama org2 yg beriman ..
kecik2 dah jadi yatim piatu .. harap family yg ada dpt jaga dan bg kasih sayang tanpa belah bagi .. Aamiin ..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya baca berita ni. Semoga anak2 ni dilindungi Allah sentiasa. Aku selalu doa mohon Allah panjangkan umur aku. Sekurang2 nya sampai anak2 dah pandai berdikari. Sedih bila mengenangkan anak2 kecik hilang mak ayah ni

Me
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 02:29 PM | Show all posts
ifanonline replied at 16-12-2022 09:28 AM
bawa kenderaan di malaysia ni kena banyak bersabar...rakyat malaysia majoriti makan pedas, hati kura ...

Kat lampu merah pun nak racing.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 02:31 PM | Show all posts
Innalillahi wainna ilaihi rojiun. tak dapat bayang keadaan adik tu lps tau ayah dia dah xde.. kalau dkt acik belikan dinasor utk ko. sian kakak dia jgk.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 16-12-2022 09:28 AM
bawa kenderaan di malaysia ni kena banyak bersabar...rakyat malaysia majoriti makan pedas, hati kura ...

Cer tengok yt dashcam russia dan china..orang yang tak makan pedas punya peel..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2022 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Sis tak boleh baca berita2 begini pasti mengalir air mata.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 02:43 PM | Show all posts
Belibis replied at 16-12-2022 02:33 PM
Cer tengok yt dashcam russia dan china..orang yang tak makan pedas punya peel..

itu makan babi punya peel...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 02:49 PM | Show all posts
Innalillah...sedihnya bila jd mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2022 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 16-12-2022 02:43 PM
itu makan babi punya peel...

Huuuu..peel makan babi,treler boleh ilang kepala bila sondol tembok..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.245480 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list