View: 895|Reply: 7
|
Rantai Dan Subang Lesap, Wanita Maut Leher Dikelar Ketika Disamun
[Copy link]
|
|
Seorang wanita disamun sebelum lehernya dikelar dalam satu kejadian bunuh di hadapan sebuah bangunan terbiar di Kampung Titingan pada Khamis.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 7 malam di mana mangsa dilihat terbaring dengan berlumuran darah manakala seorang budak kecil dipercayai anaknya menangis di sisi wanita berkenaan.
Gambar hiasan
Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.26 malam.
Siasatan awal mendapati mangsa seorang wanita bukan warga tempatan berusia 30 tahun bersama seorang anak kecilnya berusia satu tahun dipercayai dalam perjalanan ke rumah kakaknya yang kira-kira 300 meter dari rumah sewanya di Kampung Titingan.
"Sebaik tiba di lorong yang gelap, mangsa dipercayai disamun dan mangsa cuba melawan. Rantai leher serta subang dipakainya hilang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Katanya lagi, terdapat kecederaan pada leher mangsa dipercayai dikelar menggunakan pisau atau objek tajam.
"Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan termasuk mengesan suspek dalam kejadian itu.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh memaklumkan kepada bilik gerakan IPD Tawau untuk tindakan selanjutnya," katanya
Champin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sebelum itu, tular di media sosial dua video masing-masing berdurasi 24 dan 17 saat memaparkan kanak-kanak perempuan menangis di sisi mayat wanita terbabit yang terbaring dengan berlumuran darah.
Sumber: Sinar Harian
|
|
|
|
|
|
|
|
kejam nya...kesian ank dia[em:9:] |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti pilak punya kerja ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
ini ke kes nya.. tk yah la kelar kot nk amik brg kemas.. ko amik nyawa ibu nya.. tk kesian ke pd budak tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
dah mencuri, membunuh pulak, jahanam!!! kesian anak tu...
susah jd pempuan, pakai brg kemas pun x selamat |
|
|
|
|
|
|
|
jahanam pny peragut, penyamun cum pembunuh
may u rot i hellllllllllllllllllllllllll |
|
|
|
|
|
|
|
takde hati perut lgsung
sanggup tgk anak kecik tu menangis sblh mak yg ko bunuh |
|
|
|
|
|
|
| |
|