CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 430|Reply: 0

Budak Perempuan 7 Tahun Maut Digilis Bas Lepas Jatuh Skuter

[Copy link]
Post time 16-12-2022 07:13 AM | Show all posts |Read mode
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut di sebuah jalan raya Bangkok, Thailand semasa dalam perjalanan ke sekolah, lapor portal berita Thaiger semalam.


Mangsa terjatuh dari skuter Yamaha Scoopy berwarna putih milik ibunya sebelum digilis sebuah bas yang dipandu dari arah yang bertentangan dan susulan kejadian itu, pasukan penyelamat serta petugas perubatan dari Hospital Sirirat bergegas ke tempat kejadian di Jalan Kamnan Maen, Bangkok.




Seorang kanak-kanak perempuan jatuh dari skuter yang ditunggang oleh ibunya sebelum dilanggar oleh sebuah bas di Bangkok baru-baru ini. - Thaiger





Seorang saksi memberitahu polis bahawa dua beranak itu sedang menuju ke sekolah dengan menaiki skuter itu tetapi hilang kawalan lalu mengakibatkan mangsa jatuh ke seberang jalan.


Pemandu bas yang dikenali sebagai Thongchai, 61 didakwa terus memandu kenderaan tersebut tanpa berhenti kerana tidak menyedari kanak-kanak berkenaan jatuh dari skuter tersebut.


Beberapa penduduk memeriksa rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati sebuah kereta hijau berada di belakang skuter itu mungkin terlibat dalam kemalangan itu.


Siasatan kes bagaimanapun masih berjalan dan jika didapati bersalah, Thingchai berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga 200,000 baht (RM25,359).




Sumber: Kosmo








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.291972 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list