View: 1873|Reply: 12
|
Tinggal Kira-Kira Lima Bulan Sebelum Tempoh Agihan Royalti P Ramlee Bagi Tempoh 50 Tahun Berakhir
[Copy link]
|
|
Tanggal 29 Mei depan, genap 50 tahun pemergian Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang menghembuskan nafas terakhir akibat akibat sakit jantung, meninggalkan peminat legasi tidak ternilai melalui karya seni filem dan lagu merentas zaman.
Sepanjang tempoh itu, mengikut Akta Hak Cipta 1987, royalti daripada karya lagu Allahyarham P Ramlee diagihkan kepada waris, iaitu isterinya, Allahyarham Puan Sri Saloma sehingga Biduanita Negara itu meninggal dunia pada 25 April 1983.
Royalti kemudian diagihkan kepada anak mereka, Allahyarham Nasir P Ramlee yang sepakat membahagikan perolehan diterima kepada beberapa waris lain.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202212/15/184357qcab3001oaz97969.png) Foto: Berita Harian
Apabila Nasir meninggal dunia pada 23 November 2008, kontrak royalti yang diuruskan Badan Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) itu diteruskan kepada waris lain termasuk Sazali, 63.
Membilang hari, menjelang 1 Januari ini, tinggal kira-kira lima bulan sebelum tempoh agihan royalti P Ramlee bagi tempoh 50 tahun, berakhir.
Mendapatkan perkembangan terkini berhubung gesaan penggiat industri agar tempoh agihan royalti P Ramlee dilanjutkan 20 tahun lagi, MACP menjelaskan, pihaknya masih menunggu keputusan kerajaan.
Ketua Bahagian Undang-Undang MACP, Rashidah Ridha, berkata pihaknya sudah berusaha memperjuangkan usul melanjutkan agihan royalti kepada 70 tahun melalui saluran betul.
"MACP tidak pernah berdiam diri atau lepas tangan dan masih meneruskan usaha melanjutkan tempoh hak cipta karya P Ramlee kepada 20 tahun lagi, menjadikan tempoh keseluruhan 70 tahun selepas pemergian arwah.
"Kami sudah menghantar surat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kerana akta yang berkaitan hak cipta adalah di bawah bidang kuasa mereka.
"September lalu, ketika lawatan rasmi Ketua Setiausaha KPDN (dahulunya dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) ke pejabat kami, usul sama dibincangkan.
"Berikutan isu ini ada kaitan dengan warisan negara, kami juga menghantar surat kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk dibuat penilaian.
"Dalam surat itu, kami lampirkan laporan dan rasional mengapa tempoh kontrak itu perlu dilanjutkan. Kami sudah berusaha sebaik mungkin dan sekarang terpulang kepada kerajaan untuk membuat keputusan," katanya kepada BH Online.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202212/15/184356uc3pml2timyj3wwy.png) Foto: Harian Metro
Mengikut Akta Hak Cipta 1987, tempoh hak cipta semasa adalah 50 tahun iaitu selepas peninggalan pencipta sesebuah karya.
Mengulas rasional di sebalik usaha yang dilakukan MACP, Rashidah berkata, selain membantu waris P Ramlee meneruskan kelangsungan hidup, inisiatif itu dianggap apresiasi terhadap karya seni peninggalan Seniman Agung itu.
"Karya P Ramlee sangat unik. Kita tidak boleh hendak bandingkan dengan orang lain kerana walaupun hampir lima dekad pemergiannya, karya beliau masih dihayati dan digunakan.
"Janganlah sekadar menilai dari sudut ekonomi semata-mata tetapi lihatlah dari aspek warisan negara dan nilai estetika yang terkandung di dalamnya. Usaha ini juga tidak terbatas kepada P Ramlee sahaja, malah membabitkan penggiat seni lain," ujarnya.
Memandangkan masa semakin suntuk, MACP berharap kerajaan dapat membuat keputusan segera berhubung cadangan melanjutkan tempoh agihan royalti kepada waris P Ramlee.
"Kalau boleh, biarlah dalam tahun ini kerana proses melanjutkan tempoh hak cipta itu mengambil masa kerana membabitkan pindaan undang-undang.
" roses ini juga memerlukan persetujuan Kabinet. Namun, kami faham dengan situasi sekarang, mungkin agak sukar untuk mendapat keputusan segera.
"Kami tidak akan berputus asa dan akan terus berusaha supaya usul ini mendapat perhatian kerajaan demi kebajikan ahli MACP," katanya.
Sebelum ini, Sazali dilaporkan merayu kerajaan menimbang cadangan melanjutkan tempoh kontrak royalti lagu karya arwah bapanya. Sazali mendakwa dirinya semakin uzur dan hanya bergantung kepada royalti itu bagi menampung perbelanjaan kos perubatan dirinya dan isteri, Hamidah Hitam. -CARI
Sumber: Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
kerja la 50 tahun mkan duit royalti pon xpuas2 lagi |
|
|
|
|
|
|
|
50 tahun merupakan satu masa yg cukup panjang. waris sepatutnya boleh hidup berdikari dan mencari kewangan sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya..50 thn tu dah cukup panjang utk waris2 dah ada sumber income yg lain.
Kalo ikut norma kehidupan biasa kt msia ni, habis je spm, smpi umur pencen, 18-60 thn, is 42thn la ko keje utk cari duit utk sara diri sendiri dan keluarga
Ni 50thn dikkkk.....lama gila smpi tak reti nk usaha sendiri ke? Uzur? Yes, dah tua2 mmg la akan uzur
Sbb tu ms muda kene rajin usaha kerja sbb bila dh tua mmg la uzur x bleh keje
Ms muda dulu kau buat apa pakcik??
Kalo keje takkan tak buat savings lgsg? Kalo keje at least ada la kwsp/pencen bagai.
|
|
|
|
|
|
|
|
itu TS P Ramlee, bukan Elvis Presley
Sampai keturunan ke berapa nak makan royalti tu |
|
|
|
|
|
|
|
Arwah bapak kerja sungguh2, perah otak utk lahirkan karya yg evergreen, tp sampai ke anak2nya, tunggu tadah hasil tiap2 bulan....tk nampak lgsung usaha nak majukan diri, nk kerja berdikari. Adoiiii |
|
|
|
|
|
|
|
ntahnya kan.. arwah bapak dah meninggal 50thn dah.. anak yg hidup tetap nak guna nama bapak utk kepentingan sendiri.
jenis anak yg harapkan harta bapak je mcmtu lah
|
|
|
|
|
|
|
|
Napa uols bitter sgt kalu waris dia dpt lanjutan royalti? Sazali tu pun bukannya biawak hidup dulu..dia keje ngan Alam Flora kalu x silap..i lagi rela kalu family Allahyarham P Ramlee ni dpt royalti..Shaw Brothers tu punya kaya smpi berapa keturunan pun xtau la, hasil perah retis2 melayu dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sambung kontrak ke tak sama je. Hidup mesti diteruskan pakcik.
Sazali ni anak angkat ke anak betul? Muka sama. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dolmat at 16-12-2022 12:46 PM
Pelik benor... anak cucu waris kuat arwah P Ramlee tak memekak banyak songeh.. Sazali anak angkat ni kenapa terlebih sudu dari kuah? 50 tahun dah makan hasil royalti dari muda masih tak cukup? |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan royalti dikira 50tahun dari karya.. mcm pendek je.. ye la.. umur karyawan tu sendiri pon mungkin cecah 90 tahun kan.. so logic extend lagi..
skali baca.. 50 tahun selepas kematian karyawan. Eh hallo... pencen gomen pon dapat kat waris sampai umur waris (isteri selagi hayatla) anak sampai umur berapa aje.. kau dah kenapa waris nk kena dapat royalti sampai 50 tahun pon dah over tau. 50 tahun drpd kematian P Ramlee.. means solid anak2 dia dapat. dah tu bergantung harap kt itu aje la.. |
|
|
|
|
|
|
|
exclusive_vvip replied at 16-12-2022 12:25 PM
Napa uols bitter sgt kalu waris dia dpt lanjutan royalti? Sazali tu pun bukannya biawak hidup dulu.. ...
betul shaw brother kayooo sampai la ni tu bangunan kat tgh2 bandar singapore wlupun bangunan lama n kdi dlm tu x byk tapiii kedai yg dlm building tu semua for org have2 klu masuk kdg2 iollss teringat life p ramlee n seangkatan sedihh wlupun iolss x hidup zaman mereka tapi kita tau hidup mereka x mewah mana…. |
|
|
|
|
|
|
|
exclusive_vvip replied at 16-12-2022 12:25 PM
Napa uols bitter sgt kalu waris dia dpt lanjutan royalti? Sazali tu pun bukannya biawak hidup dulu.. ...
Yaaaaa sgt tepat..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|