CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 497|Reply: 0

Hrithik Roshan Pernah Menangis Dibuli Sebab Terlalu Pemalu Dan Gagap

[Copy link]
Post time 15-12-2022 02:07 PM | Show all posts |Read mode
Hrithik Roshan mendedahkan dia pernah menjadi mangsa buli semasa zaman persekolahannya.


Hindustan Times melaporkan pelakon itu juga menyifatkan dirinya sebagai seorang yang sangat pemalu, malah tidak petah dalam berkata-kata ketika usia mudanya.


"Masa zaman sekolah saya ada masalah gagap dan pemalu, disebabkan itu saya tidak mempunyai kawan mahupun teman wanita, malah setiap kali pulang dari sekolah saya akan menangis.




IG Hrithik Roshan




"Saya kadang kala merasa hidup ini tidak adil, zaman persekolahan bagi saya sangat menyakitkan," katanya.


Bukan itu sahaja, pelakon berusia 48 tahun itu juga mendedahkan pernah menerima kata-kata mengecewakan daripada seorang doktor merawatnya.


Dia juga menyimpan perasaan kecewa itu berbulan-bulan dan beranggapan perkara itu sekadar mimpi.


"Doktor yang merawat saya pernah beritahu saya tidak dapat menjadi seorang pelakon kerana masalah tulang belakang. Dia kata saya tidak boleh menari.


"Masa itu saya kecewa sangat sehingga saya merasakan diri sebagai orang kurang upaya dan trauma dengan perkara itu," katanya lagi.


Bagaimanapun kini dia meluahkan rasa syukur apabila perkara tersebut membuatkannya menjadi seorang yang kuat dan membentuk siapa dirinya hari ini.




Sumber: mStar








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.059386 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list