CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3998|Reply: 32

Radhi OAG bercinta dengan pelajar umur 21 tahun

[Copy link]
Post time 14-12-2022 05:33 PM | Show all posts |Read mode

RADHI tidak mahu memaksa kekasihnya untuk berkahwin dalam masa terdekat dan mahu wanita itu fokus dengan pelajaran terlebih dahulu. Foto - SADDAM YUSOFF
Radhi OAG bercinta dengan pelajar umur 21 tahun

PETALING JAYA – Vokalis kumpulan OAG, Radhi mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wanita muda berusia 21 tahun.

Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 45, berkata, kekasihnya itu juga merupakan seorang pelajar yang masih menuntut di sebuah universiti awam.

“Kalau boleh saya tak nak kongsi sangat, tapi biarlah yang ketiga ini jadi yang terakhir. Kalau dah tiba masanya nanti barulah saya akan kongsikan kepada semua.

“Dia memang ‘sempoi’, tak ada media sosial dan saya memang nak cari yang macam itu. Ini semua adalah perancangan sahaja untuk fasa seterusnya,” jelasnya.

Penyanyi lagu Merpati Putih itu berkata, dia mengenali wanita terbabit sejak dua tahun lalu dan hubungan mereka kini dalam fasa serius.

Bagaimanapun buat masa ini kata Radhi, dia mahu kekasihnya fokus dalam pengajiannya sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Enggan berkongsi secara terperinci tentang perkenalan mereka, Radhi terbuka hati untuk bercinta kerana wanita itu menerima dirinya dengan seadanya.

“Apa yang boleh saya katakan dia kenal diri saya ‘A to Z’. Cara pergaulan dan percakapannya, dia tahu apa yang boleh dan tidak boleh.

“Namun, ingin saya tekankan yang ini semua adalah perancangan. Paling penting dia kena fokus belajar dahulu dan saya boleh berusaha untuk perbaiki diri lagi,” ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kes pertuduhan memukul dan mencederakan bekas isterinya, Radhi memberitahu dia akan ke mahkamah semula untuk perbicaraan pada 14 Februari 2023.

Tambahnya, sebelum ini dia sudah cuba untuk berdamai, namun bekas isterinya tetap berkeras untuk membawa kes berkenaan ke mahkamah.

“Saya dah minta dia tarik kes sebab saya pun tak nak gaduh. Apapun yang berlaku, saya dah maafkan dia dan harap dia pun maafkan saya.

“Kalau dia nak teruskan sampai ke mahkamah, saya terima dan harap semuanya dapat diselesaikan. Saya anggap ini semua adalah ujian daripada Allah,” ujarnya.

Radhi berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Festival Konsert OAG 30 Tahun Generasiku yang berlangsung semalam.

Konsert berkenaan akan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 25 Disember ini sempena 30 tahun pembabitan OAG dalam industri muzik. – KOSMO! ONLINE


Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/12 ... ajar-umur-21-tahun/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2022 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
kaki kacip pon ada org berkenan lagi ye
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2022 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
dato jamal tu dpt muda belia….
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2022 05:48 PM | Show all posts
jangan laaaaaa ko rosakkan budak mentah tu..dia ada masa depan yang baik..ada peluang jumpa orang yang baik..

harap2 mak ayah keluarga kawan2..halang laaa dia..

bukan cakap dia nih tak baik..tak elok..tapi radhi carik laa orang laen..budak mentah mcm tu ko ckp kenal ko A-Z..ex bini lagi kenal kot..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2022 06:15 PM | Show all posts
mantap arr radhi

tergugat reputasi acik2 forum

kohkohkohkohkohkoh
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2022 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Lari dekkkk lariiiiiiii!!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-12-2022 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi la budak 21 tahun semua indah,semua baik,semua cool
Couple dgn pakcik 45 tahun mesti rasa bangga.lagi2 artis
Bwk2 brtenang dik.pikir elok2,mak bapak abg kakak pon xde yg halang ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2022 06:21 PM | Show all posts
Jamal lainn dia byk duit dikk. Kau jgn ter inspirasi dgn jamal n bini muda dia tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2022 06:27 PM | Show all posts
Dia ni memang suka yang muda2 kan. Dengan bekas bini 2nd dia dulu pun bercinta dari budak tu umur 16. Umur 20 dah kawin.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2022 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
crinklecut replied at 14-12-2022 05:48 PM
jangan laaaaaa ko rosakkan budak mentah tu..dia ada masa depan yang baik..ada peluang jumpa orang ya ...

Bdk 21 tu xde socmed...mmg bagus la utk radhi ni. Kalau hamjad ni buat hal xde la gf meratip kt socmed. Sedara mara pon xkan tahu kalau hamjad ni buat hal.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2022 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
alieyrina replied at 14-12-2022 06:21 PM
Jamal lainn dia byk duit dikk. Kau jgn ter inspirasi dgn jamal n bini muda dia tu

tokmal masa bini kedua tu pun student Uni jugak..sudahnya bercerai jugak, makan sepak terajang..bini baru sibbaik la dpt tokmal yg dah insaf..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2022 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko ingat ko jamal ke, jamal kaya. Kalau matpet tu pikir jauh la dik, dah pulak 2 kali cerai
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2022 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 14-12-2022 06:27 PM
Dia ni memang suka yang muda2 kan. Dengan bekas bini 2nd dia dulu pun bercinta dari budak tu umur 16 ...

Yang muda berhingus tu je yg boleh mkn..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2022 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 14-12-2022 06:43 PM
tokmal masa bini kedua tu pun student Uni jugak..sudahnya bercerai jugak, makan sepak terajang..bi ...

Bini now mgkin sbb tokmal dah tua xlarat nk pukul2
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2022 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Hellooo pakcik...kalo kaya xpe jugak.ko hingat ko leo dicaprio?
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2022 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Another fooki untuk dirosakkan mental nya
Good luck jelaaaa
Ko ni pun acik radhi, yang muda beliaaaaa tak tahu sejarah lampau kooo yang ambik buat bini
pandai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2022 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari ko kawin dgn mamat ni dik.
Baik ko kawin dgn lelaki tua dude yg hensem banyak duit.
Ko pon muda lagi kan 20an.
Jgn la serahkan hidup ko pada mayat hidup.

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2022 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni matpet, kaki pukul bini, duit takde kerja takde dik oiiiii .. cuba kau pinjam socmed kawan kau google pasal dia ni .. dont waste your life dik
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 05:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Org gini patut "kasi" mcm kucen jer.. Tabur benih merata n menyusahkn org...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti la tunggu org tu abis study, pastu keje
Baru bleh tanggung laki, ye dok!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.242142 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list