CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 350|Reply: 2

Tiada Laporan Kes Keracunan Makanan Akibat Stok Telur Lama

[Copy link]
Post time 14-12-2022 02:18 PM | Show all posts |Read mode
Kementerian Kesihatan mengesahkan tidak menerima sebarang laporan kes kejadian keracunan makanan yang berpunca daripada makan telur stok lama.


Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, malah tiada peningkatan kejadian keracunan makanan yang direkodkan pihaknya pada September hingga November lalu seperti yang didakwa.




Pelanggan meneliti kualiti telur sebelum dibeli dari sebuah kedai runcit di Pasar Chow Kit Kuala Lumpur di sini baru-baru ini. -UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN





Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat dua kejadian keracunan makanan yang berpunca daripada telur, namun berdasarkan siasatan, ia bukan stok telur yang lama.


Difahamkan, kejadian itu adalah akibat jangkitan silang daripada pengendalian telur tidak teratur atau tidak bersih dalam proses masakan sebelum dimakan.


“Tiada peningkatan kejadian keracunan makanan pada September hingga November seperti yang didakwa.


“Walaupun terdapat dua kejadian keracunan makanan yang berpunca daripada telur, berdasarkan siasatan, ia bukan stok telur yang lama,” katanya di sini semalam.


Bekalan telur ayam ketika ini yang didakwa mula banyak di pasaran dikatakan adalah stok lama yang ‘diperam’ peniaga berikutan tidak mahu bekalan berkenaan terputus secara tiba-tiba.


Keadaan itu bagaimanapun memberi kesan kepada pengguna kerana telur yang dibeli hanya mampu bertahan antara dua hingga tiga hari.


Lebih memburukkan, timbul dakwaan sehingga berlaku kes kejadian keracunan makanan akibat makan stok telur lama.


Tinjauan di media sosial mendapati rata-rata warganet mengadu hanya beberapa biji telur yang kelihatan baharu dalam satu papan telur dibeli.


Kesukaran mendapatkan bekalan telur berlaku sejak Oktober lalu di beberapa kawasan di seluruh negara.


Isu itu menjadi tumpuan orang ramai berikutan ia dikaitkan dengan kartel yang memonopoli bahan bekalan berkenaan.


Baru-baru ini kerajaan memutuskan untuk mengenal pasti beberapa sumber dari luar sebagai menampung keperluan bekalan dalam negara dengan kadar segera bagi memastikan keterjaminan telur ayam di pasaran.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berkata, langkah itu merupakan pelan jangka pendek dan pada masa sama pihak kementerian akan memastikan telur ayam yang diterima selamat daripada penyakit dan menepati piawaian ditetapkan.


Inisiatif membawa masuk telur ayam dari sumber luar bukan untuk menekan pengusaha industri telur ayam tempatan, sebaliknya bagi memastikan bekalan telur ayam dalam negara tidak terputus dan kebajikan rakyat terjaga.


Keputusan itu dibuat selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan kementerian berkenaan menyelesaikan isu keberadaan telur di pasaran selain memastikan harga barang keperluan itu adalah rendah.


Keperluan bekalan telur ayam yang merupakan makanan seharian berprotein yang popular di kalangan rakyat Malaysia dengan kadar penggunaan purata telur ayam sebanyak 968 juta biji sebulan.



Sumber: UTUSAN








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2022 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku ni ada sejenis perangai.. Klu aku pecahkan telur, klu kuning telur tu pon pecah, mesti aku buang je telur tu.. So, penyudahnya, aku kurang makan telur..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2024 07:57 AM | Show all posts
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.063747 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list