CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 994|Reply: 7

Hasrat Suami Nak Cari Tukang Urut Online Terbantut, Nampak Gambar Isteri Sendiri Dalam Laman Web

[Copy link]
Post time 14-12-2022 12:20 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki dari Mumbai, India terkejut apabila melihat gambar isteri dan adik perempuannya di sebuah laman web semasa ingin melanggan tukang urut.


Setelah membuat siasatan, dia mendapati gambar isteri dan adiknya diambil tanpa kebenaran sebelum digunakan di laman web berkenaan.


Jelas dua wanita itu, gambar tersebut telah dimuat naik di media sosial mereka kira-kira empat tahun lalu.


Lelaki itu kemudiannya menghubungi nombor yang tertera untuk tempahan bagi memerangkap individu yang menggunakan gambar isteri dan adiknya.




Gambar Hiasan




Dia kemudiannya meminta wanita yang menggelarkan diri sebagai Reshma Yadav itu untuk menemuinya di sebuah hotel berdekatan.


Apabila tiba di lokasi dijanjikan, pergaduhan tercetus antara mereka berdua dan wanita itu cuba melarikan diri.


Bagaimanapun, lelaki itu berjaya menghalang Reshma lari dan terus membawanya ke balai polis.


Hasil siasatan polis, Reshma ditahan apabila disyaki menjadi sebahagian daripada kumpulan penjenayah yang memuat naik gambar wanita cantik di laman web servis tukang urut.


Reshma dihadapkan ke mahkamah dan dia ditahan dalam tahanan kehakiman berhubung kes yang didakwa.


Pihak polis masih lagi mencari saki-baki kumpulan Reshma yang terlibat dalam jenayah penipuan itu.


Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati semasa memuat naik gambar di media sosial dan memastikan profil dikunci supaya tidak disalahgunakan pihak tertentu. - CARI


Sumber: mStar/India Today
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2022 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kantoi jantan nih...bini dia baik mintak cerai je la dpt bewak nih
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2022 03:29 PM | Show all posts
haiyo bini tak cukup mengurut ke? hantar la dia pegi kursus
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2022 03:34 PM | Show all posts
hahahahahahaa lawak plak baca.. haih mcm2 hal manusia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2022 03:36 PM | Show all posts
Pandai pulak dia marah gambo bini & adik dia orang guna, tapi dia boleh pulak langgan bini/anak/adik orang lain untuk mengurut.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2022 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
"Hasil siasatan polis, Reshma ditahan apabila disyaki menjadi sebahagian daripada kumpulan penjenayah yang memuat naik gambar wanita cantik di laman web servis tukang urut."

maksudnya bini jantan neh cantik la. gigih lagi nak cari tkg urut lain. suruh je la bini cun kat rumah tu buat urutan b2b
kakak, sila ceraikan laki uols neh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2022 10:22 AM | Show all posts
hahah ko bukak aib ko je deknon
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2024 07:58 AM | Show all posts
ᗪㄖ ㄚㄖㄩ 山卂几ㄒ 爪乇 ㄒㄖ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.244133 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list