View: 630|Reply: 4
|
Kemaruk Sangat Tengok Piala Dunia- Tak Cukup Tidur Sampai Muka Lumpuh, Bibir Senget, Mata Tak Boleh Gerak
[Copy link]
|
|
Beijing: Wajah seorang lelaki di China lumpuh hingga dimasukkan ke hospital dipercayai kerana kurang tidur akibat 'kemaruk' menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia.
Oddity Central melaporkan, Cao, 26, iaitu peminat bola sepak dari Wuhan, di wilayah Hubei bukan hanya tidak tidur semalaman tetapi seminggu kerana menonton semua perlawanan.
Walaupun China tidak layak ke Piala Dunia tahun ini, Cao enggan ketinggalan, sebaliknya akan memandu terus ke rumah selepas bekerja dan menonton perlawanan dari sekitar 6 petang hingga 6 pagi kemudian pergi bekerja beberapa jam kemudian.
Awalnya keadaan pemuda itu baik saja, tetapi dia kemudian sedar kekurangan tidur memberi kesan buruk namun ia sudah terlambat.
Foto: Agensi
"ada 30 November, saya tidur selama dua jam selepas menonton perlawanan, apabila bangun, saya berasa amat letih.
"Saya tidak terlalu memikirkannya dan memutuskan untuk berehat sebentar di pejabat, tetapi selepas beberapa ketika, keadaan saya nampaknya tidak bertambah baik," katanya kepada pemberita.
Cao kemudian merasakan perubahan bibirnya yang tiba-tiba senget dan tidak dapat menggerakkan kelopak matanya.
Dia tidak panik kerana menyangka ia hanya sementara tetapi simptom yang ada jadi lebih teruk dan mula mengganggu kerja hingga memaksanya ke hospital.
Di hospital, Cao disahkan menghidap lumpuh pada wajah dan perlu menjalani rawatan khusus untuk mengurangkan gejala tetapi dijangka pulih sepenuhnya.
Doktor percaya kurang tidur ditambah dengan cuaca sejuk dan angin kencang menyebabkan lelaki itu lumpuh muka dan menasihatkan peminat bola sepak lain supaya tidak mencontohi tabiat Cao. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh bukan ko dpt duit pon |
|
|
|
|
|
|
| |
|