CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 994|Reply: 1

'Bujang Senang Main Banjir', Ramai Risau Ancaman Buaya Semakin Tinggi

[Copy link]
Post time 14-12-2022 10:38 AM | Show all posts |Read mode
Sumber FB


Malam semalam, seorang lelaki memuat naik video memaparkan seekor buaya besar berada di atas jalan raya yang dilimpahi banjir.



Menerusi perkongsian Mohd Hazli Lie di sebuah 'group' di Facebook, video itu dipercayai dirakamkan di Jalan Air Hitam, Seri Damai, Kuantan, Pahang.



Menurut Buletin FM, tempat kejadian berada di jalan pintas ke Jaya Gading dan Taman Tas sebelum jambatan di Kampung Sri Damai Sejahtera.






Seperti yang sedia maklum, beberapa kawasan di Pahang kini terjejas kerana banjir dan berkemungkinkan ia menjadi punca haiwan berbahaya itu bergerak di kawasan berair yang semakin luas.



Bagaimanapun, perkara ini menyebabkan kebimbangan orang ramai apatah lagi kes serangan buaya semakin kerap dilaporkan di dada akhbar sejak kebelakangan ini.





Warga media sosial meluahkan kebimbangan mereka andai 'bujang senang' tiba-tiba muncul ketika mangsa banjir sedang menunggu pasukan penyelamat.



Bagaimanapun, setakat video tersebut mulai tular, belum ada sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut.



Individu yang berkonsi video berkenaan juga tidak memberikan sebarang maklumat lanjut mengenai hal itu.



Sumber Google Map


Hasil tinjauan di ruangan komen, ada yang mengatakan baru sahaja membawa anak bermain air di kawasan itu.



Andai benar buaya itu muncul dari sungai berdekatan, adakah ia tersesat mengikut arus banjir atau reptilia itu sudah lama 'bersarang' di situ. -CARI













Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2022 11:13 AM | Show all posts
ala bodo benau la yg bawak anak main air kat situ. xyah tunggu buaya la, common sense la air banjir kan kotor ntah najis apa kek situ bangang betul la. dah anak sakit nnti kang meraunggg meratap minta nerakazen doakan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.247731 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list