View: 1652|Reply: 13
|
[Tempatan]
Lelaki Bangladesh mohon maaf kepada Malaysia
[Copy link]
|
|
Lelaki Bangladesh mohon maaf kepada Malaysia
https://www.bharian.com.my/berit ... aaf-kepada-malaysia
Oleh Norzamira Che Noh - Disember 13, 2022 @ 1:27pm
[email protected]
Hosin didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di Klang, hari ini. - NSTP/FAIZ ANUAR
KLANG: Seorang lelaki warga Bangladesh didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan sengaja mengaibkan dan membangkitkan kemarahan seorang individu warga tempatan, yang diketahui akibatnya akan memecahkan keamanan awam pada November lalu.
Majistret P Sarulatha menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Hosin Ab Diplap, 27, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjarakan selama lima bulan jika gagal membayar denda itu. Tertuduh membayar denda berkenaan.
Mengikut kertas pertuduhan, Hosin didakwa dengan sengaja mengaibkan dan membangkitkan kemarahan seorang lelaki berusia 29 tahun, yang mana tertuduh mengetahui akibatnya akan memecahkan keamanan awam.
Tertuduh yang bekerja sebagai operator di sebuah kilang, dekat sini, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pangsapuri di Bukit Raja, di sini, kira-kira jam 12.40 tengah hari 26 November lalu.
Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan membabitkan penjara hingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Jannah Aimi, memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh berikutan tindakannya yang tidak menghormati Malaysia.
Beliau menjelaskan, hukuman itu adalah untuk memberi pengajaran kepada tertuduh, manakala Hosin yang tidak diwakili peguam pula memohon maaf kepada Malaysia atas tindakannya. Malah, tertuduh turut menyatakan dirinya menyukai dan sayangkan negara ini.
Pada 27 November lalu, media melaporkan seorang lelaki warga Bangladesh ditahan kerana didakwa memasang Jalur Gemilang secara terbalik di luar unit kediamannya.
Tindakan lelaki itu yang disifatkan sebagai biadab, turut ditegur Pengerusi Komuniti pangsapuri berkenaan tetapi dia didakwa berdegil menyebabkan penduduk membuat laporan polis.
|
|
|
|
|
|
|
|
di negara arab terus hantar pulang ke negara asal dalam 24Jam
rasuah takde- di Mesia duit ,masuk then lepas. |
|
|
|
|
|
|
|
dah sabit kesalahan just declare persona non grata dan halau dia balik bangladesh la.
apa ke bengap after all the troubles kau denda dan dia bayar denda je? |
|
|
|
|
|
|
|
knp tak halau die balik? lemahnye. takat denda je? sbb tu makin berani. |
|
|
|
|
|
|
|
Syiok la.gitu.nnt pasang lagi bendera
Bayat denda je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Patut hantar balik…nanti buat lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Klang tu dah mcm negara dorang....
|
|
|
|
|
|
|
|
Highflyer19 replied at 13-12-2022 06:05 PM
Patut hantar balik…nanti buat lagi
benda boleh bayar...boleh jer buat berapa kali dia nak...dh bayar...mesti dia gelak...negara ni 'senang diperbodohkan janji ko sanggup bayor SIKIT JER'.Mmmm.... |
|
|
|
|
|
|
|
tukar ke individu tidak dikehendaki |
|
|
|
|
|
|
|
biasa la bolehland,
di sini raja nya adalah duit, undang2 semua bawah tapak kaki |
|
|
|
|
|
|
|
Benda macam ni yang sepatutnya rakyat Malaysia buat petisyen. Kumpul tandatangan minta kerajaan hantar balik bangla tu! |
|
|
|
|
|
|
|
Nape tk Jupe MCA..ko buat main agama.bendera akan aman2 ja lepas minta maaf..si Namewee tu tkde pun kna denda penjara cmni |
|
|
|
|
|
|
|
Namawee tak kena seba dia awal-awal dah cabut lari keluar Malaysia.... Cuba ade sini lg....
|
|
|
|
|
|
|
|
Lebih baik hantar balik je negara asal tak buang masa mahkamah nak urus kes dia ni.tak buang masa polis |
|
|
|
|
|
|
| |
|