CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4796|Reply: 73

Anak Muda Kini Tak Minat Kerja Hotel, Penat Tapi Gaji Murah

[Copy link]
Post time 13-12-2022 10:11 AM | Show all posts |Read mode


Terikat dengan syif dan waktu kerja yang lama, apatah lagi gaji tidak setimpal dengan bebanan tugas membuat anak muda kini tidak berminat bekerja dalam industri perhotelan.


Kebanyakan mereka kini lebih selesa bekerja sendiri terutama dalam bidang penghantaran makanan dan menjadi pemandu e-hailing kerana tidak terikat dengan masa.




Gambar hiasan/Malay Mail




Di Langkawi, Kedah, seorang pekerja sepenuh masa di sebuah restoran francais, Rosniesya Iliyani Roslan, 23, berkata, dia berasa kerja dalam industri perhotelan sangat memenatkan ketika menjalani latihan industri dalam bidang itu pada 2019.


“Saya kerja di bahagian dapur dan kami mula bekerja seawal pukul 4 pagi untuk menyediakan sarapan. Jika hendak berhenti solat subuh, kami perlu menunaikan solat dengan tergesa-gesa.


“Sepanjang waktu bekerja, kami juga tidak sempat untuk duduk langsung dan perlu sentiasa berdiri sehinggalah waktu bekerja habis,” katanya.


Seorang pelajar jurusan farmasi di universiti swasta, Shafika Ali, 25, berkata, walaupun banyak peluang pekerjaan separuh masa dalam bidang perhotelan ditawarkan di Langkawi, namun dia tidak berminat untuk bekerja.


“Ketika mencari kerja sambilan, saya banyak ternampak iklan jawatan kosong di hotel-hotel, tetapi saya tidak mahu bekerja di hotel kerana saya difahamkan waktu kerjanya adalah terlalu lama dan gaji pula tidak setimpal.


“Walaupun tidak banyak peluang pekerjaan sambilan bagi jurusan yang saya pelajari, tetapi saya lebih rela bekerja di tempat lain berbanding di hotel,” ujarnya yang kini bekerja di kedai barang penjagaan diri di Kuah.


Di George Town, Pulau Pinang, kebanyakan anak muda mendakwa mereka tiada hati lagi untuk bekerja di hotel disebabkan tidak sanggup melayan ke­renah birokrasi penyelia.


Seorang bekas pekerja hotel, Aswad Abdullah, 39, berkata, dia memilih untuk tidak lagi kembali bekerja di hotel selepas pasca Covid-19 berikutan enggan terikat dengan jadual kerja serta arahan penyelia atau majikan.




Gambar hiasan





Menurutnya, dia kini sudah selesa bekerja sebagai rider makanan dengan memperoleh pendapatan yang jauh lebih besar berbanding di hotel.


“Saya memang tidak akan kembali bekerja semula di hotel iaitu di bahagian front office. Tawarlah gaji banyak mana pun, saya tetap tak mahu. Bukan setakat itu, kita terpaksa menggantikan tugas pekerja lain yang tidak hadir,” katanya.


Seorang pemandu e-hailing yang mahu dikenali sebagai Ayyash, 39, memberitahu, dia sudah serik dan trauma untuk be­kerja dalam industri perhotelan susulan pandemik Covid-19 yang melanda negara dua tahun lalu sehingga menjejaskan sumber pendapatan bulanannya.


“Saya menanggung isteri dan tiga orang anak yang masih kecil. Bayangkan dengan menerima setengah bulan gaji ketika itu, saya terpaksa berhutang keliling pinggang,” ujarnya.


Di Ipoh, Perak, seorang pekerja kedai nasi kukus, Mohd. Mukhsin Mohd. Isa, 29, berkata, dia pernah bertanyakan kepada sebuah hotel di bandar ini me­ngenai kekosongan kerja dan kemudian diberi tawaran gaji yang rendah iaitu sekitar RM1,500 sebulan sebagai pengemas bilik.


Katanya, walaupun ia gaji minimum, dia yang berkelayakan ijazah sarjana muda berpanda­ngan pihak hotel wajar menaikkan gaji pekerja antara RM1,800 hingga RM2,000 sebulan.


“Daripada bekerja di hotel, lebih baik saya kerja di kedai nasi kukus kerana gaji lebih kurang sama, bahkan skop kerja tidak banyak seperti di hotel,” katanya.




Gambar hiasan




Bagi Muhd. Takiyuddin Ramlee, 34, pula, dia khuatir untuk bekerja dalam industri perhotelan kerana masih banyak hotel yang belum berupaya untuk beroperasi semula atau sepenuhnya.


Katanya, dia tidak mahu kehilangan pekerjaan sekali lagi sebagaimana yang dihadapinya ketika pandemik Covid-19 melanda negara sebelum ini.


“Industri ini belum kukuh lagi kerana ada rakan yang pernah bekerja di hotel-hotel tidak dipanggil bekerja semula,” katanya.


Jumaat lalu, Kosmo! melaporkan, kegembiraan pengusaha hotel di beberapa negeri termasuk Pulau Pinang dan Terengganu untuk menerima kebanjiran pelancong sempena musim cuti persekolahan bermula minggu ini terencat berikutan kekurangan pekerja sehingga 30 peratus.


Situasi itu menyebabkan pe­ngusaha hotel pening kepala untuk mencari pekerja bagi mengisi banyak kekosongan jawatan dalam industri tersebut.




Sumber: Kosmo








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2022 10:52 AM | Show all posts
kalau dulu mewah juga industry perhotelan ni pd awal millenium.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang.. Kerja hotel tak boley duduk dek esp waiter/waitress tu sume.. Kalu housekeeping tu kematu la kaki berlari-lari anak ye bilik berpuluh-puluh kena kemas dah cam hamba abdi moden dek.. industri yg kejam unless ko kerja front desk dek
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Pastu anak muda nak kerja apa? Bukan semua boleh jadi doktor lawyer... nanti depa ambil pekerja asing acik2 bising pulak
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi jaga mcm stink je la
Hari2 bole main porem
Sampai naik gila nk perhatian org
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 12:31 PM | Show all posts
kerja hotel penat woo..nak-nak yang jadi house keeping
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2022 12:33 PM | Show all posts
Itulah kerja hotel....klu dulu org cerita kerja kat hotel dgr mcm gah ja realiti gaji bukan ikut gaji basic mcm yg diuar2kan masa nak cari staf....nak2 zmn skg ni yg org klu boleh nak cari kerja yg gaji lebat....pemikiran pun dah kedepan
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 01:10 PM | Show all posts
Skop keje byk, SOP lagi..mana maunya org kita nak tadah. Lain lah kalau bayar masyuk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2022 01:21 PM | Show all posts
aku dulu blur2 mintak keje dpt FO
pefeeling pramugari baju kebaya kejekt resort tapi mmng bz time2 grop masuk pernah keje direct 3 hari tak tido mcm zombi rasa.
time tu tk pikir pun pasal duit gaji berapa sekian2..yg penting keje diutamakan dulu. dpt pengalaman dan sedikit duit hantar kpg ckupla. makan semua provided
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 02:44 PM | Show all posts
Jika rate gaji yang ditawarkan menarik, sudah semestinya ramai yang ingin bekerja
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Siannya kan baca pengalaman dorang. Sampai nak duduk kejap pun tak boleh.
Sedih baca.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 02:52 PM | Show all posts
Bila di bagi pada warga asing nanti complain pula kata lebih utamakan warga asing.

Memang susah nak pleasekan bangsa ni kot.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 03:05 PM | Show all posts
Ai baru balik menginap di hotel minggu lepas.. ramai je budak2 muda pompuan n lelaki melayu yang bekerja kat situ.. bagus2 diorang ni very polite n well trained.  
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 03:11 PM | Show all posts
Kesian juga baca pengalaman orang2 yang bekerja di hotel.  Rasanya patut juga gaji mereka dinaikkan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 03:14 PM | Show all posts
klu mahal ramai je yg berminat
baik kerja fast food blh mkn smpi gundu
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 03:38 PM | Show all posts
Gaji x setimpal penat je lebih keje hotel ni apoooo kedekut gaji puik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2022 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Gaji rendah..staff sikit..workload jenuh cover utk staff 3-4 org
.mgkin sbb tu kot selain drpd mgkin ade yg jenis memilih keje xnak buat keje yg memenatkan
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 03:51 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 13-12-2022 02:52 PM
Bila di bagi pada warga asing nanti complain pula kata lebih utamakan warga asing.

Memang susah nak ...

daripada anak bangsa kau

tau main game je

cebok berak bersih2 pun malas

kohkohkohkohkohkoh
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 03:52 PM | Show all posts
jangan jadi ada sekor forumer tu

"iols suka je pkp"

jenis pemalas keje tau dia asyik main forum je

dasar pondan pemalas

kohkohkohkohkoh
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 03:53 PM | Show all posts
majikan kemut taknak bayar lebih...memang kena boikot la ambik bangla jaga pool sambil skodeng tiktokers tunjuk cleavage...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-11-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.063591 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list